FacebookInstagramTwitterContact

 

A-League Record Goal-Scorer Jamie Maclaren To Leave Melbourne City           >>           Taylor Swift And Travis Kelce's Vegas PDA Will Have You Feeling So High School           >>           Barbra Streisand Shamelessly Asks Melissa Mccarthy About Ozempic Use           >>           Evidence For Planet 9 Found In Icy Bodies Sneaking Past Neptune           >>           The Instax Mini 99 Could Pass For A Real Fujifilm Camera           >>           The excellent and customizable Arc Browser is now fully available on Windows           >>           Tesla is reportedly getting 'absolutely hard core' about more layoffs, according to Elon Musk           >>           Gaza: Israeli PM Netanyahu Says Rafah Attack Will Happen Regardless Of Deal           >>           ICJ Rules It Will Not Halt German Arms To Israel           >>           Trump Fined For Violating Gag Order In New York Hush-Money Trial           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hasrat Memeluk Agama Islam Tercapai


 


 March 4th, 2023  |  09:03 AM  |   203 views

MUARA

 

Seorang lelaki berbangsa Cina memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya dan melafazkan dua kalimah syahadah pada Majlis Pengislaman yang berlangsung di Kampung Serasa, hari ini.

 

Majlis Pengislaman bagi Awang Adrian Ryan Shim Yun Fatt, berusia 25 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Adrian Rayyan Shim bin Abdullah disempurnakan di hadapan para pegawai Bahagian Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah (PDI).

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, yang juga memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

 

Majlis juga diserikan lagi dengan Dikir Marhaban bagi meraikan saudara baharu berkenaan.

 

Semasa ditemui Pelita Brunei, Muhammad Adrian Rayyan Shim berkata, pergaulan bersama rakan-rakan yang beragama Islam sejak di bangku sekolah lagi banyak mendorong beliau untuk mendekati Islam.

 

“Semasa di sekolah juga, saya mempelajari subjek Pengetahuan Ugama Islam (IRK) dan ia membuka hati serta fikiran saya untuk memeluk agama ini apabila dewasa nanti.

 

“Ketika itu, saya tidak tahu bila hasrat berkenaan akan tertunaikan, namun saya bersyukur kerana keinginan saya itu telah pun tercapai," jelasnya.

 

Menyentuh mengenai penerimaan keluarga terhadap pegangannya yang baharu, beliau mengakui tidak ada halangan untuknya meneruskan niatnya yang suci itu, malahan mereka berasa gembira dengan keputusan berkenaan memandangkan ramai ahli keluarganya yang telah memeluk agama Islam.

 

“Saya berharap akan dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam termasuk mendirikan sembahyang lima waktu.

 

“Saya yakin, dengan menjadi seorang muslim, ia memberikan saya lebih banyak peluang untuk meraih ganjaran pahala dan rezeki dari Allah Subhanahu Wata'ala," ujarnya.

 

Menurut kenyataan PDI,  seramai 70 orang memeluk agama Islam di seluruh negara sepanjang bulan Januari 2023.

 

Daripada jumlah berkenaan, seramai 29 orang adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41