FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Semai Semangat Patriotisme, Nasionalisme Pelajar


 


 March 4th, 2023  |  08:52 AM  |   201 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) menganjurkan beberapa siri perhimpunan khas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-39, baru-baru ini.

 

Para pelajar ISB, Sungai Hanching berpeluang menyaksikan pameran warisan budaya Brunei yang kaya dan penuh bersejarah, yang disampaikan oleh pelajar Bahasa Melayu pertama dan kedua di sekolah- rendah dan menengah.

 

Empat perhimpunan berasingan diadakan bagi mengetengahkan pelbagai kumpulan pelajar.

 

Setiap perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan', diikuti dengan persembahan kreatif tradisional cerita rakyat Brunei, lagu, dan tarian.

 

Perhimpunan sekolah rendah turut menampilkan pameran kebudayaan khas dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Peringkat lain semasa perhimpunan sekolah rendah dikendalikan oleh murid-murid  Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

 

Manakala perhimpunan sekolah menengah pula dikendalikan dan diketuai oleh para pelajar Tahun 12, dengan menggabungkan penceritaan semula secara kreatif Kisah Nakhoda Manis; penyampaian puisi bertajuk 'Tanah Airku Tercinta'; dan persembahan khas daripada penyanyi / penulis lagu dan alumni ISB, Aisyah Zulkarnain.

 

“Kami amat berbangga untuk menyokong Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-39 Tahun 2023 dan temanya 'Menjayakan Wawasan Negara' bersama warga dan penduduk NBD melalui perhimpunan yang mempromosikan warisan budaya, tradisi tempatan, dan Wawasan Brunei 2035," kata Pengetua Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ISB, Dr. Stephen Kendall-Jones.

 

Tujuan perhimpunan berkenaan diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri pelajar, kerana mereka diingatkan tentang kepentingan majlis berkenaan dan kepentingan mengekalkan semangat patriotisme.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47