Home > Bahasa Melayu
Tingkat Kesedaran Pemandu Kepada Keselamatan Jalan Raya
March 4th, 2023 | 08:48 AM | 125 views
SERIA
Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) dalam usaha sama bersama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) menganjurkan Taklimat Asas 3K kepada para penuntut di Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei, Kampung Lumut, baru-baru ini.
Taklimat yang bertajuk 'Pemanduan Berhemah: Asas Keselamatan 3K' disampaikan oleh Naib Yang Di-Pertua PEMODA, Awang Mohamad Shahrin bin Shahbuddin.
Matlamat taklimat berkenaan diadakan adalah bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan pemandu muda mengenai keselamatan dalam memandu dan juga memperkenalkan kaedah 3K, iaitu kongsi; kenal; dan kawal sebagai garis panduan mereka.
Kaedah yang diperkenalkan bagi para pemandu berkenaan juga bertujuan untuk sama-sama bertanggungjawab dan saling faham-memahami apabila berada di jalan raya, terutama sekali semasa berada bersama para penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki.
Taklimat seumpamanya merupakan antara inisiatif berterusan MKKJR dalam usahanya meningkatkan kesedaran, keprihatinan serta menghormati pengguna jalan raya terutama 'vulnerable road users' khususnya penunggang motosikal demi meningkatkan keselamatan jalan raya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]