FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Pemenang BN On The Move Terima Hadiah


 


 February 5th, 2023  |  11:01 AM  |   292 views

BERAKAS

 

Awang Samri bin Haji Bujang berjaya membawa pulang baucar Royal Brunei Airlines (RB) sebanyak BND3,000  setelah mencapai langkah tertinggi pada kempen BN on The Move - Cabaran 20 Bilion Langkah pada Majlis Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.

 

Sementara itu, Dayang Siti Norhanissah binti Sulaiman pula memenangi tempat kedua sekali gus membawa pulang hadiah sebanyak BND1,500 baucar RB.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penaja, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa selamat, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang BN on The Move - Cabaran 20 Bilion Langkah.

 

Majlis antara lain bertujuan untuk menghargai penyertaan yang sangat positif daripada orang ramai dalam kempen BN on The Move yang bertujuan untuk menggalakkan pengamalan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti senaman seperti berjalan kaki atau meningkatkan jumlah langkah setiap hari secara individu atau berkumpulan sepanjang bulan Oktober 2022 hingga ke penghujung bulan Disember 2022.

 

Pelbagai cabaran bagi bulan Disember 2022, iaitu mencapai 10,000 langkah setiap hari pada Disember 2022; mencapai matlamat peribadi harian (personal daily steps goals) bagi setiap kategori, iaitu Kategori 12 hingga 17 Tahun; Kategori 18 hingga 40 Tahun; Kategori 41 hingga 59 Tahun; dan Kategori 60 Tahun Ke Atas; pemenang Cabutan Bertuah; Mencapai 10,000 langkah setiap hari dari Oktober 2022 hingga Disember 2022; serta Langkah Tertinggi dari Oktober 2022 hingga Disember 2022.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Royal Brunei Technical Services; RB; Jerudong Park Medical Centre (JPMC); Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD); Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC); Gleneagles JPMC; Imagine Sdn. Bhd.; Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST); Progresif Sdn. Bhd.; Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Arrowtech Group di atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan kempen berkenaan.

 

Juga hadir, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr. Ang Swee Hui; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Dr. Rafidah binti Haji Gharif; Ketua-ketua Pegawai Eksekutif, ketua-ketua jabatan; para pegawai kanan; para pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kesihatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16