Home > Bahasa Melayu
Peluang Sertai Kempen Derma Darah
February 5th, 2023 | 10:53 AM | 187 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah di beberapa buah tempat sebagaimana yang telah dijadualkan dan kempen-kempen tersebut adalah dibukakan bagi penyertaan orang ramai.
Kempen Derma Darah akan diadakan pada Isnin, 6 Februari di Kolej Kosmopolitan, Medan Jaya Setia, Berakas ajuran Kolej Kosmopolitan bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sementara itu, pada Rabu, 8 Februari, Kempen Derma Darah akan diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Tutong anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Daerah Tutong bermula jam 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari.
Manakala pada Khamis, 9 Februari, kempen diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong anjuran DBP Daerah Temburong bermula jam 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi Bloodkad bagi Kempen Derma Darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Sehubungan ini, Pusat Pendermaan Darah ingin memaklumkan orang ramai bahawa nombor Talian Hotline di pusat ini telah ditukar ke +673 7440267 dan +673 7440277.
Orang ramai yang ingin menghubungi Pusat Pendermaan Darah bolehlah menghubungi melalui nombor-nombor tersebut sama ada melalui panggilan telefon, SMS ataupun menerusi aplikasi WhatsApp.
Manakala itu, bagi mana-mana penganjur yang ingin membuat tempahan slot untuk mengadakan Kempen Derma Darah, bolehlah menghubungi nombor talian +673 7375745.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]