FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjaya Sebagai Barista, Pilihan Anak Tempatan


 


 February 5th, 2023  |  10:47 AM  |   206 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerjaya sebagai Barista, iaitu seseorang yang mempunyai kemahiran khusus dalam pembuatan dan menyajikan minuman berasaskan espresso (jenis kopi), merupakan satu kerjaya yang semakin mendapat permintaan pada masa kini.

 

Kedai-kedai dan kafe yang menyediakan kopi sebagai menu utama, setentunya memerlukan seorang Barista yang berpengalaman dan mahir dalam selok belok pembuatan kopi dengan berbagai-bagai bahan yang di ekstrak menggunakan mesin khusus, untuk menciptakan cita rasa yang sesuai dengan keinginan pelanggan.

 

Jika dilihat sejak kebelakangan ini di negara kita, kedai-kedai kopi dan kafe tumbuh bagai cendawan dan yang lebih membanggakan lagi ialah ia lahir daripada anak tempatan sendiri yang memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri dalam industri ini.

 

Sekarang ini, bekerja sebagai seorang barista banyak diminati oleh mereka yang gemar dengan kopi terutama sekali anak-anak muda yang sedang mencari pekerjaan sampingan selain ia juga berpotensi dijadikan sebagai satu perniagaan.

 

Barista bukan hanya mesti mahir membancuh kopi, tapi juga mahir membuat semua minuman yang ada di menu kedai berkenaan dan beberapa menu yang biasanya juga disediakan adalah dari pelbagai aneka minuman coklat, minuman jus hinggalah 'signature drinks'. Kemampuan seorang Barista inilah yang membuat cita rasa kopi dari kedai terasa lebih nikmat.

 

Salah seorang Barista di sebuah kafe di Kampung Tungku, The Coffeenity Yard, iaitu Ampuan Abdur Rashid bin Ampuan Abd. Karim, mengongsikan bahawa beliau baru enam bulan berkecimpung dalam bidang pembuatan minuman memandangkan kafe berkenaan juga baharu dibuka pada bulan Julai tahun lalu dan dimiliki sepenuhnya oleh anak tempatan.

 

“Sejujurnya, saya memang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang Barista sebelum ini dan sejak mula bekerja dengan kafe ini barulah kami dilatih cara-cara membuat kopi dan mengenal jenis-jenis kopi di mana kebanyakan kopi yang disediakan di kafe ini diimport dari luar negara," ujarnya.

 

Menurut belia berumur 24 tahun ini lagi, ia adalah satu pengalaman baharu bagi beliau dan menjadi seorang barista adalah salah satu impiannya kerana beliau juga memang berminat dalam pembuatan makanan dan minuman.

 

Tambahnya lagi, menjadi seorang Barista juga ada cabarannya tersendiri di mana ia mempunyai peringkatnya di mana kita perlu tahu berasa kopi berkenaan, sebagai contoh minuman 'latte', perlu belajar cara-cara untuk 'frothing' iaitu menambah buih pada beberapa jenis minuman berkenaan dan sebagainya.

 

“Saya sendiri juga masih lagi dalam fasa mendalami dan menambah kemahiran dalam bidang barista dan harapan saya suatu hari nanti adalah untuk membuka sendiri perniagaan dengan kemahiran yang dipelajari ini," ujarnya mengongsikan.

 

Mengakhiri temu bual, Ampuan Abdur Rashid menyeru anak-anak muda belia terutamanya yang masih lagi mencari pekerjaan untuk mengambil apa sahaja peluang yang tersedia di hadapan mereka walaupun tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang tersebut kerana mereka boleh bermula daripada kosong dan akhirnya akan menjadi mahir dalam pekerjaan tersebut.

 

Sementara itu, seorang lagi belia berusia 21 tahun, Mohd. Marhanif bin Mohd. Ali, yang kini menjadi Senior Barista di The Coffee Bean and Tea Leaf cawangan One Riverside sudah lebih empat tahun berkhidmat di syarikat berkenaan.

 

Jelasnya, selepas habis 'O' level, beliau terus mencari kerja dan diambil bekerja di The Coffee Bean and Tea Leaf dan dari sana, beliau diberikan latihan dan tunjuk ajar bagaimana membuat dan menyajikan pelbagai jenis minuman.

 

“Semasa latihan dahulu, kami mula-mula diajar mengenali jenis-jenis 'bean', di mana 'bean' yang terdapat di The Coffee Bean and Tea Leaf kebanyakannya diimport dari luar negara seperti Sumatera, Kenya dan sebagainya dan di sini kami mempunyai beberapa tahap 'roasting' iaitu 'light roast', 'medium roast' dan 'dark roast'," terang beliau lagi.

 

Bercakap mengenai cabaran pula jelasnya, cabaran menjadi Barista ialah semasa waktu sibuk apabila banyak tempahan diterima daripada pelanggan dan mereka perlu berusaha mengekalkan kualiti minuman yang dibuat.

 

“Di sini, kami juga menerima permintaan pelanggan bagi minuman 'customized drinks' iaitu pilihan pelanggan sendiri contohnya minuman kurang gula dan sebagainya mengikut kesesuaian cita rasa pelanggan," jelasnya.

 

Mohd. Marhanif turut memberikan saranan dan nasihat bagi belia-belia yang ingin menceburkan diri menjadi Barista, agar sentiasa bersikap terbuka dan tenang menghadapi cabaran, terutamanya apabila berurusan dengan pelanggan kerana setiap pelanggan adalah berbeza-beza.

 

Mengongsikan perancangan pada masa akan datang, beliau berhasrat untuk membuka perniagaan kafe sendiri satu masa nanti dan berharap ia akan menjadi kenyataan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07