FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keputusan Peperiksaan BCGCE ‘O’ Level, IGCSE Dikeluarkan


 


 February 3rd, 2023  |  11:57 AM  |   238 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat 'O' dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sesi Oktober / November 2022.

 

Pencapaian Calon Peperiksaan BCGCE Peringkat 'O' / IGCSE pada peringkat nasional, seramai 6,135 calon telah menduduki peperiksaan pada sesi Oktober / November 2022. Daripada jumlah ini, 6,075 adalah calon sekolah dan 60 calon persendirian.

 

Pada peringkat nasional, seramai 1,390 calon (22.66 peratus) telah memperoleh 8 'O' Level dan IGCSE ke atas dan 2,784 calon (45.38 peratus) telah memperoleh 5 'O' Level dan IGCSE ke atas pada peperiksaan sesi Oktober / November 2022.

 

Pada peringkat sekolah, seramai 1,390 calon (22.88 peratus) telah memperoleh sekurang-kurangnya 8 'O' Level dan IGCSE ke atas. Sementara yang memperoleh sekurang-kurangnya 5 'O' Level dan IGCSE ke atas adalah seramai 2,784 calon (45.83 peratus).

 

Manakala calon yang memperoleh sekurang-kurangnya 4 'O' Level dan IGCSE ke atas adalah seramai 3,277 (53.94 peratus).

 

Daripada 5,281 calon sekolah kerajaan, seramai 1,056 (20.00 peratus) telah memperoleh sekurang-kurangnya 8 'O' Level dan IGCSE ke atas dan 2,228 calon (42.19 peratus) memperoleh sekurang-kurangnya 5 'O' Level dan IGCSE ke atas.

 

Manakala bagi calon sekolah swasta, seramai 334 (42.07 peratus) telah memperoleh sekurang-kurangnya 8 'O' level dan IGCSE ke atas dan 556 (70.03 peratus) memperoleh sekurang-kurangnya 5 'O' level dan IGCSE ke atas di dalam peperiksaan sesi Oktober / November 2022.

 

Di samping itu, seramai 117 calon (1.91 peratus) mendapat Gred A*/A dalam 8 hingga 11 mata pelajaran, di mana 53 daripadanya adalah terdiri daripada calon sekolah kerajaan.

 

Sebanyak tujuh daripada 49 buah sekolah yang terdiri dari enam buah sekolah kerajaan dan sebuah sekolah swasta telah menunjukkan peningkatan di antara 0.20 peratus dan 13.33 peratus daripada pencapaian tahun 2021.

 

Pencapaian dalam mata pelajaran BCGCE Peringkat 'O' danIGCSE, peratus prestasi calon di peringkat nasional dalam mata pelajaran utama yang mendapat Gred A-C adalah di antara 7.37 peratus dan 82.69 peratus.

 

Manakala terdapat sejumlah 13 mata pelajaran lain di peringkat nasional (Gred A-C) yang telah mencapai sekurang-kurangnya 50.00 peratus di dalam peperiksaan sesi Oktober / November 2022.

 

Dengan pengeluaran keputusan Peperiksaan BCGCE Peringkat 'O' dan IGCSE sesi Oktober / November 2022 ini, penuntut-penuntut yang telah menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah.

 

Manakala calon-calon persendirian dikehendaki untuk mengambil slip keputusan masing-masing di kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat (One-Stop Centre), Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

 

Bagi mana-mana calon yang berhasrat untuk memperbaiki pencapaian keputusan Peperiksaan BCGCE Peringkat 'O' dan IGCSE, pendaftaran bagi bulan Mei / Jun Tahun 2023 masih dibukakan dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Selasa, 14 Februari 2023. Manakala bagi calon-calon sekolah hendaklah menghadapkan permohonan melalui sekolah masing-masing.

 

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan bagi bulan Mei / Jun Tahun 2023 bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di 'www.moe.gov.bn' atau melalui kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat (One-Stop Centre), Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04