Home > Bahasa Melayu
Kadar Purata Kes COVID-19 Catat Penurunan
January 31st, 2023 | 11:07 AM | 256 views
BERAKAS
Kadar purata kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam (NBD) terus menunjukkan penurunan dalam masa satu minggu kebelakangan ini di mana kadar purata kes COVID-19 dalam masa satu minggu dengan 122 kes sehari, berbanding kadar pada minggu sebelumnya, 143 kes sehari.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berkata demikian semasa Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.
“Sebanyak 34,020 keputusan Ujian Pantas Antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu, di mana 2.5 peratus daripadanya adalah keputusan ART yang positif," ujar Yang Berhormat.
Sementara itu, tidak ada kes di dalam Kategori 5 dan Kategori 4, bagi mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) atau yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
“Sehingga kelmarin, 29 Januari 2023, kadar liputan vaksinasi COVID-19 di NBD kekal berada di tahap yang tinggi dengan 79.0 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 11.8 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.
“Pada hari ini, sebanyak 111 kes baharu telah dilaporkan, iaitu 109 kes hasil ART dan dua kes telah dikesan dari Ujian-ujian Makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu," tambah Yang Berhormat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]