FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD - Republik Rakyat China Nikmati Kerjasama Rapat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan juga kepada Premier of the State Council, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang sempena Ulang Tahun Ke-67 Pengasasan Republik Rakyat China.

 


 October 1st, 2016  |  11:58 AM  |   1095 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 1 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan juga kepada Premier of the State Council, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang serta kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China sempena Ulang Tahun Ke-67 Pengasasan Republik Rakyat China.

 

Dalam perutusan kepada Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menghargai persahabatan yang mesra dan kerjasama yang rapat di atara kedua-dua buah negara. Dalam kedua-dua buah negara meraikan Ulang Tahun Ke-25 hubungan diplomtik, Kebawah DYMM berharap dapat bekerja rapat dengan TYT bagi mengukuhkan lagi persahabatan yang sekian lama wujud baik di peringkat dua hala mahu pun serantau dan antarabangsa.

 

Baginda seterusnya bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam berasa gembira di atas keistimewaan menjadi 'Country of Honours' bagi Expo China - ASEAN (CAEXPO) pada tahun 2017 dan berharap semoga TYT beroleh kejayaan dalam persediaannya.

 

Sementara itu, dalam titah perutusan baginda yang sama kepada Premier of the State Council, Republik Rakyat China, TYT Li Keqiang baginda menzahirkan akan kepentingan perhubungan mesra dan bersejarah Negara Brunei Darussalam dengan Republik Rakyat China dan juga kerjasama yang semakin berkembang dengan pesatnya dan berharap akan terus bekerja rapat dengan TYT sebagai rakan kongsi dua hala dan serantau.

 

Pada mengakhiri titah-titah perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam sejahtera kepada Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping dan juga kepada Premier of the State Council, Republik Rakyat China, TYT Li Keqiang dan semoga rakyat Republik Rakyat China akan menikmati kemakmuran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12