FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - China ke Tahap Hubungan Koperasi Strategik


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian bersama-sama memotong kek Ulang Tahun Penubuhan Republik Rakyat China Ke-67 juga sempena Ulang Tahun Ke-25 Hubungan Diplomatik di antara Republik Rakyat China dan Negara Brunei Darussalam. |FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 October 1st, 2016  |  11:52 AM  |   1483 views

GADONG

 

Jumaat, 30 September. - Kedutaan Besar China di negara ini mengadakan Majlis Resepsi sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-67 Penubuhan Republik Rakyat China yang turut diselajurkan dengan Ulang Tahun Ke-25 Hubungan Diplomatik di antara Republik Rakyat China dan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

 

Mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China
ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian.

 

Semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis itu, Puan Yang Terutama berkata, pada 30 September 25 tahun yang lalu, Menteri Luar China, Tuan Yang Terutama Qian Qichen, ketika itu dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah menandatangani Kenyataan Bersama mengenai Penubuhan Hubungan Diplomatik China - Brunei Darussalam di New York.

 

Sejak itu, hubungan di antara kedua-dua negara telah maju ke hadapan secara berterusan dengan memperluaskan serta memperbanyakkan lagi pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang serta turut meningkatkan hubungan persefahaman dan persahabatan di antara kedua buah negara.

 

Menurut PYT, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengadakan lawatan ke Negara China beberapa kali dan sering memberikan sokongan serta bantuan baginda pada perkembangan hubungan Brunei - China juga turut menjalinkan hubungan rapat dengan para pemimpin China.

 

Manakala pada tahun 2013 ujar beliau, tetamu asing pertama yang diterima oleh Presiden Xi Jinping selepas beliau mengambil alih jawatan ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan sejak beberapa siri pertukaran lawatan, maka kedua-dua pemimpin negara bersetuju untuk menaikkan hubungan dua hala tersebut ke tahap Hubungan Koperasi Strategik.

 

Pada awal tahun ini menurut PYT, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan telah berkenan mengadakan lawatan kerja ke China dan telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi bagi memperingati Ulang Tahun Ke-25


Hubungan Diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China anjuran bersama Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Rakyat China dan Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara-Negara Luar (CPAFFC).

 

''Manakala semasa lawatan Menteri Luar China, Wang Yi ke Negara Brunei Darussalam pada bulan April tahun ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menggalakkan kemajuan kerjasama dua hala secara berterusan,'' jelas PYT Yang Jian.

 

Dari itu jelas menampakkan pihak China mempunyai kepentingan yang besar dalam hubungannya dengan Negara Brunei Darussalam dan bersedia untuk bekerjasama dengan negara ini, memudahkan lagi hubungan kerjasama yang saling menguntungkan yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua buah negara berserta rakyatnya, tambah beliau lagi.

 

Baru-baru ini jelas PYT lagi, Presiden Xi Jinping dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah saling bertukar-tukar perutusan tahniah, yang mana kedua-dua ketua negara berkenaan sangat menitikberatkan hubungan kerjasama dua hala sejak 25 tahun yang lalu dan menyatakan semangat kuat mereka untuk terus menggalakkan perkembangan kemajuan dan hubungan dua hala secara berterusan.

 

Oleh itu, PYT percaya dengan saling menjaga pemimpin-pemimpin negara dari keduanya dan membuahkan usaha-usaha berterusan di antara kedua-dua pihak akan mempunyai prospek yang lebih meluas menerusi hubungan China - Brunei serta turut menyumbang pada pertumbuhan persahabatan di antara China - Brunei.

 

Majlis turut menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, PYT Yang Jian bersama-sama memotong kek Ulang Tahun Penubuhan Republik Rakyat China Ke-67 juga sempena Ulang Tahun Ke-25 Hubungan Diplomatik di antara Republik Rakyat China dan Negara Brunei Darussalam.

 

Selain itu, Majlis Resepsi itu juga turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan dan nyanyian daripada para pelajar dari Chung Hwa Middle School.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10