FacebookInstagramTwitterContact

 

FA Cup Replays To Be Scrapped From 2024-25 Season           >>           Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding           >>           US Rate Setter Tells BBC 'No Hurry' To Cut Interest Rates           >>           Why A Deluge Of Chinese-Made Drugs Is Hard To Curb           >>           Netflix: Profits Soar After Password Sharing Crackdown           >>           Post Office Victim Calls For Lawyer To Be Removed From Horizon Redress Scheme           >>           Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Ke-26


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 2016 dijunjung oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 2016. |FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 September 30th, 2016  |  10:26 AM  |   3878 views

BERAKAS

 

Khamis, 29 September. - Setiap 23 September, Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Guru sebagai memperingati dan menghargai sumbangan jasa para pendidik di negara ini.

 

Sambutan ini juga adalah sebagai usaha untuk memartabatkan profesion perguruan yang banyak menyumbang bakti kepada pembangunan kapasiti tenaga manusia di negara ini.

 

Pada tahun ini majlis kemuncak Sambutan Hari Guru diadakan pada Khamis, 27 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 29 September 2016 Masihi.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 2016 yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

290916 HARI-GURU ASRI-31

KEBAWAH DYMM berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien kepada Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

290916 HARI-GURU ASRI-33

KEBAWAH DYMM berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien kepada Dato Paduka Awang Haji Abdul Saman bin Kahar.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Pusat Persidangan Antarabangsa dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman selaku Pengerusi Bersama Majlis serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 2016.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

290916 HARI-GURU FILA-12

KEBAWAH DYMM berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-26 (atas dan bawah).

290916 HARI-GURU FILA-13

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah khusus buat ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah, dan setelah itu diikuti dengan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

 

Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Al-Kahfi ayat 65-78, oleh Awang Mohammad bin Ali, Naib Johan Musabaqah Tilawatil Quran Peringkat Akhir Kebangsaan 2016, dan Johan Musabaqah Tilawatil Quran Peringkat Antarabangsa di Moscow 2014. Inti sari ayat disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

290916 HARI-GURU FILA-14

KEBAWAH DYMM berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-anugerah Hari Guru Ke-26 (atas dan bawah).

290916 HARI-GURU FILA-16

 

Setelah itu, Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 2016 menyembahkan sembah alu-aluan.

 

Dalam sembah alu-aluan Yang Berhormat antara lain menyembahkan, Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun ini adalah satu platform bagi mengingati dan menyanjung tinggi akan peranan dan pengorbanan guru dalam pembinaan syakhsiyah bangsa.

 

Selain itu, Yang Berhormat juga menyembahkan bahawa, Kementerian Pendidikan secara berterusan melaksanakan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti para guru dan semua yang terlibat di negara ini.

 

290916 HARI-GURU ASRI-10

BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Al-Kahfi ayat 65-78 oleh Awang Mohammad bin Ali, Naib Johan Musabaqah Tilawatil Quran Peringkat Akhir Kebangsaan 2016, dan Johan Musabaqah Tilawatil Qur'an Peringkat Antarabangsa di Moscow 2014 manakala inti sari ayat disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

 

''Guru-guru diberikan pelbagai latihan perkembangan profesional di bawah rangka kerja Teacher Professional Development Framework.

 

''Rangka kerja ini merupakan panduan bagi pemimpin sekolah, guru dan pengendali program untuk melaksanakan program perkembangan profesional guru secara bersistematik,'' ujar Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

 

Latihan perkembangan profesional katanya, akan memastikan mereka sentiasa memiliki kemahiran-kemahiran yang relevan dan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kursus-kursus berjangka panjang dan berjangka pendek.

 

Yang Berhormat menambah, ini akan mewujudkan dan menambah keberkesanan usaha pembangunan Professional Learning Communities di kalangan guru-guru dan pemimpin-pemimpin sekolah.

 

290916 HARI-GURU ASRI-14

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 2016 menyembahkan sembah alu-aluan.

 

Sejurus selepas itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah.

 

Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan lagu oleh kumpulan gabungan pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, tingkatan enam dan guru-guru dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-anugerah Hari Guru Ke-26, Tahun 2016 kepada 29 orang penerima yang terdiri daripada dua penerima Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, dua orang penerima Anugerah Guru Berjasa, lima orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan 20 orang penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention).

 

290916 HARI-GURU FILA-9

PERSEMBAHAN Bicara Berirama dari pelajar-pelajar Sekolah Rendah Al-Falaah.

 

Pada akhir majlis, Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama dengan para penerima anugerah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 2016.

 

Seterusnya baginda dan kerabat diraja dijunjung berangkat menyaksikan Persembahan Bicara Berirama dari pelajar-pelajar Sekolah Rendah Al-Falaah dan menyaksikan Pameran Sempena Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun 2016 di ruang legar.

 

Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah DYMM juga berkenan menerima junjung ziarah bersama penerima-penerima Anugerah Guru Cemerlang dan Penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention) Tahun 2011 sehingga 2015, guru-guru, pelajar-pelajar, siswa, siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi serta peserta-peserta persembahan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17