FacebookInstagramTwitterContact

 

Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>           Media coalition asks the feds to investigate Google’s removal of California news links           >>           Google's wired Nest security camera is cheaper than ever           >>           Israel And Hezbollah: Fears Of Escalation After Flurry Of Attacks           >>           German Spying: Two Men Held Over Suspected Russian Sabotage Plot           >>           Trump Due Back In Court As Hunt For Jurors Goes On           >>           Burkina Faso's Pro-Russia Junta Expels French Diplomats           >>           Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pameran Hari Guru Tonjol Sumbangan Guru


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menyaksikan segmen kelima, Mutiara Bangsa, yang memuatkan kejayaan yang diraih oleh pelajar-pelajar. |FOTO: PELITA BRUNEI ( Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 September 30th, 2016  |  10:21 AM  |   1364 views

BERAKAS

 

Khamis, 29 September. - Salah satu program yang telah diatur pada Perhimpunan Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa ialah Pameran Hari Guru, di mana Jabatan Perkembangan Kurikulum telah dilantik selaku jawatankuasa kerja pameran pada tahun ini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyaksikan Pameran Hari Guru sempena majlis sambutan berkenaan yang berlangsung di ruang legar, pusat berkenaan.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

290916 HARI-GURU ASRI-59

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan Pameran Hari Guru.

 

Mula-mula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan Segmen Titah pada pameran berkenaan.

 

Segmen ini, mempamerkan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Hari Guru Ke-24 dan 100 Tahun Pendidikan Formal pada 9 Oktober 2014 bersamaan 14 Zulhijjah 1435.

 

Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM dan kerabat diraja berkenan menyaksikan segmen kedua yang mempamerkan Syair Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

 

Dalam segmen ini mempamerkan Syair Laila Hasrat yang dipetik daripada Buku Rampaian Laila Syair, 1994.

 

Baginda seterusnya berkenan melawat Segmen Keringat Bakti yang memuatkan empat buah petikan sajak hasil karya penulis-penulis tempatan seperti Badaruddin H.O, Noorilham, A.R. Romzi, dan Helmi Halim.

 

290916 HARI-GURU ASRI-50

KEBAWAH DYMM berkenan menyaksikan segmen kedua yang mempamerkan Syair Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Selain petikan sajak tersebut, terdapat juga sajak-sajak yang dipilih bersesuaian dengan gambar-gambar guru yang memperlihatkan pengorbanan atau penglibatan mereka sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah, khidmat kepada masyarakat dan juga dalam acara-acara kenegaraan.

 

Segmen Murrabbi Ukhrawi pula memuatkan dua kejayaan yang menjurus kepada pendidikan menuju akhirat iaitu Program Skim Tilawah Al-Quran (STAR) yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam dan Program Hafazan Al-Quran dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Mutiara Bangsa, segmen kelima turut menjadi perhatian baginda. Segmen ini memuatkan kejayaan yang diraih oleh pelajar-pelajar hasil daripada usaha dan kesungguhan guru-guru seperti kejayaan mereka pada Princess Maha Chakri Awards 2015 (Unit Pendidikan Khas); Special Olympics World Summer Games 2015, Los Angeles, California (Unit Pendidikan Khas); Global IT Challenge for Youths with Disabilities 2015, Jakarta, Indonesia (Unit Pendidikan Khas); Brunei Gifted Students Overall Champions di 5th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey, 2016, Filipina (Unit Pendidikan Khas); World Robot Olympiad, Sochi, Russia dan Commonwealth Education Good Practice Awards 2015 (Sekolah Menengah Rimba II).

 

Kebawah DYMM kemudiannya berkenan menyaksikan Segmen IBTE yang memaparkan penglibatan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di arena antarabangsa dan dalam negara.

 

Antara kejayaan di peringkat antarabangsa ialah meraih beberapa kejayaan dalam ASEAN Skills 2014, Hanoi; Eco Marathon; Students Leadership Program, Cambodia 2014 dan Hongkong 2015; mewakili negara dalam Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) Digista Teens 2015; Student Award – Asia Forum Inc'Switch 4 Tomorrow Challenge.

 

Manakala kejayaan di peringkat negara pula seperti Livewire Business Award 2015; Celebrating World Ocean; BEES; YES Center (Authentic Learning).

 

290916 HARI-GURU ASRI-58

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien berkenan berangkat menyaksikan Pameran Hari Guru.

 

Turut menjadi perhatian baginda ialah Segmen Pengajian Tinggi yang memuatkan penglibatan institusi-institusi tertinggi seperti Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei; Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Politeknik dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

 

Segmen seterusnya ialah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang mengetengahkan projek dan aktiviti dikendalikan oleh bahagian pendidikan yang menjurus kepada usaha bagi mempertingkatkan dan memperkembangkan bidang pendidikan melalui penyediaan bantuan pendidikan dan penyelidikan serta mengendalikan program-program keilmuan serta menyediakan prasarana dan perkhidmatan pendidikan.

 

Akhir sekali, baginda berserta kerabat diraja menyaksikan Segmen Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

 

Pada segmen ini, ianya dimuatkan dengan Program Galakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (ALAF) yang merupakan satu inisiatif unik tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang selaras dengan Wawasan 2035 Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mencapai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, yang akan menyumbang kepada pembangunan negara dan ekonominya.

 

Program tersebut kini menempatkan lebih 100 orang pelajar di mana pasukan tersebut kini mempunyai lebih banyak peluang dan keupayaan untuk memberi lebih banyak kemudahan dan aktiviti bagi program berkenaan.

 

Pengisian utama pameran tersebut adalah bertujuan untuk menonjolkan pencapaian dan sumbangan guru bagi kejayaan pelajar-pelajar mereka dalam pelbagai peringkat, mencakupi program-program terkini dan beberapa pencapaian yang membanggakan sama ada di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-18 23:31:16