FacebookInstagramTwitterContact

 

Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>           Munajat Night           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Islamic Da'wah Centre           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


TAIB Penuhi Keperluan Kewangan Melalui Amalan Syariah


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (lima, kiri) juga selaku Penasihat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) semasa menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat secara berjemaah yang dipimpin oleh imam Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan TAIB Ke-25. |FOTO : PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 September 29th, 2016  |  11:42 AM  |   1376 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 28 September. - Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhannya Ke-25 telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, juga selaku Penasihat Perbadanan TAIB.

 

AMIRUL DOA TAIB 1 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman juga selaku Penasihat Perbadanan TAIB (kanan) semasa menyampaikan sumbangan wakaf pada Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

 

Juga hadir sama ialah Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB; Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Awang Rosdi Amin Yakub serta ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB, ahli-ahli Lembaga Pengarah Insurans Islam TAIB Sendirian Berhad dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad serta para pegawai juga kakitangan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

 

Turut hadir, para jemputan khas terdiri daripada Mantan-mantan Pengarah Urusan Perbadanan TAIB dan ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB sejak dari penubuhan perbadanan berkenaan pada tahun 1991.

AMIRUL DOA TAIB 3 

 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman juga selaku Penasihat Perbadanan TAIB (tengah) semasa Majlis Penutup Khatam Al-Quran 25 Kali sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan TAIB Ke-25.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf Perbadanan TAIB pada Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah yang berupa 200 naskhah buku Takhtim yang disampaikan oleh tetamu kehormat kepada wakil Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Haris bin Haji Suboh.

 

Majlis tersebut diselajurkan dengan Majlis Penutup Khatam Al-Quran 25 Kali, yang kemudiannya diikuti dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat secara berjemaah serta bacaan Surah Yaa Siin dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

AMIRUL DOA TAIB 4 

ANTARA pegawai dan kakitangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Insurans Islam TAIB Holdings Sendirian Berhad dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad yang hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan TAIB Ke-25.

 

Majlis itu bertujuan untuk memanjat rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas rahmat dan petunjuk bagi membolehkan institusi Perbadanan TAIB dalam menegakkan tujuan penubuhannya, iaitu untuk memenuhi keperluan kewangan masyarakat melalui amalan syariah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07