FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perdagangan Brunei - Korea BND2 Bilion


HADIR mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke majlis resepsi tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (dua, kanan) dan isteri, Pengiran Datin Hajah Norsiah binti Pengiran Haji Hamdan (dua, kiri), di mana upacara kemuncak majlis ialah acara memotong kek sempena Hari Kebangsaan Pengasasan Republik Korea bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung (kanan) dan isteri, Puan Ahn Seung Mee (kiri). |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 September 29th, 2016  |  11:38 AM  |   1620 views

JERUDONG

 

Rabu, 28 September. - Hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea telah berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad ini, yang mana jumlah perdagangan di antara kedua-dua buah negara direkodkan sebanyak BND2 bilion.

 

Republik Korea yang merupakan rakan perdagangan kedua terbesar Negara Brunei Brunei Darussalam telah menjadi rakan penting bagi negara ini terutama dalam sektor tenaga.

 

Selain itu, kerjasama infrastruktur di antara kedua buah negara digiatkan semula termasuk dalam projek jambatan Temburong dan jambatan Sungai Kebun.

 

Kerajaan serta syarikat-syarikat dari kedua buah negara juga sedang mencari untuk meneroka kerjasama berorientasikan masa hadapan dalam bidang persekitaran, pelancongan, ICT, perusahaan kecil dan sederhana, e-perdangangan, perubatan dan lain-lain industri kreatif serta inovatif bagi pertumbuhan mampan Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Pengasasan Republik Korea di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club.

 

Terdahulu, Tuan Yang Terutama menyampaikan sejarah ringkas serta pencapaian Republik Korea, yang mana sepanjang hampir 5,000 tahun semenjak tertubuhnya negara pertama Republik Korea, iaitu Gojoseon, negara tersebut telah mencapai pembangunan dari segi politik, ekonomi dan kebudayaan, hanya dalam masa separuh abad atas komitmen rakyat negara berkenaan.

 

TYT menambah, Republik Korea menduduki tempat ke-11 dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dengan industri pengeluaran berteknologi tinggi pada tahap terbaik dunia termasuk telefon pintar, LED, semi-konduktor dan kereta.

 

Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke majlis resepsi tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan isteri, Pengiran Datin Hajah Norsiah binti Pengiran Haji Hamdan.

 

Upacara kemuncak majlis ialah acara memotong kek sempena Hari Kebangsaan Pengasasan Republik Korea dan penyampaian cenderahati kepada Menteri Pembangunan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Cho Won Myung dan isteri, Puan Ahn Seung Mee.

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan seni pasir oleh artis jemputan seni pasir dari Republik Korea.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54