FacebookInstagramTwitterContact

 

Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>           Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>           The Bolden The Beautiful: Sarina On The Jets, The Philippines, And The Growth Of The Game           >>           FA Cup Replays To Be Scrapped From 2024-25 Season           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Mengadakan Lawatan ke Hospital RIPAS


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengadakan lawatan ke Unit Rawatan Rapi Anak Damit, Pusat Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Azmah Haji Ahad)

 


 September 28th, 2016  |  11:16 AM  |   3892 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 27 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

 

Lawatan tersebut jelas menunjukkan sifat keprihatinan serta pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengambil berat tentang kepentingan hal ehwal kesihatan dan kesejahteraan rakyat serta penduduk di negara ini.

AZMI HM RIPAS 5 

KEBAWAH Duli  Yang Maha Mulia berkenan berangkat bagi meninjau beberapa bahagian di Hospital RIPAS sambil menerima sembah penerangan daripada Menteri Kesihatan,Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi. 

AZMI HM RIPAS 6

KEBAWAH  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Hospital RIPAS dan sempat beramah mesra bersama pesakit warga emas yang menerima rawatan di hospital tersebut.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Hospital RIPAS dijunjung oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dan Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 

Sesi lawatan baginda dimulakan dengan meninjau Bahagian Kemalangan dan Kecemasan dan seterusnya meninjau ke Klinik Perubatan, Pejabat Rekod Perubatan serta Farmasi di Bahagian Pesakit Luar.

AZMAH HM RIPAS 7
KEBAWAH DYMM berkenan meninjau Stor Perubatan Negara  Hospital RIPAS yang menempatkan bekalan dan simpanan ubat-ubatan. 

AZMI HM RIPAS 9

KEBAWAH DYMM berkenan berangkat meninjau stor ubat-ubatan Hospital RIPAS, sambil diiringi oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Baginda seterusnya berkenan meninjau Unit Haemotologi, Bahagian Perubatan Respitori dan Klinik Pembedahan Orthopaedik di Klinik Pakar.

 

Kebawah DYMM kemudian berkenan membuat lawatan ke Pusat Jantung yang terletak bersebelahan dengan Klinik Pakar.

HAMZAH HM RIPAS 5 

KEBAWAH DYMM berkenan meninjau salah satu wad sambil menerima sembah penerangan daripada seorang doktor.

HAMZAH HM RIPAS 25

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada orang ramai termasuk penuntut-penuntut sekolah juga anak damit yang menerima rawatan di salah satu bahagian di hospital tersebut.

 

Turut menarik perhatian baginda ialah Perpustakaan Perubatan dan Kompleks Sukan hospital berkenaan.

 

Kebawah DYMM seterusnya membuat lawatan ke Stor Perubatan Negara bagi meninjau bangunan berkenaan secara lebih dekat lagi.

 

Bangunan Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak yang baru digunakan mulai tahun ini, juga mendapat perhatian lawatan baginda, yang mana bangunan ini menempatkan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Paeditrik, Unit Fertiliti, Day Ward Obstetric, Suit Bersalin dan Unit Rawatan Rapi Anak Damit.

 

HAMZAH HM RIPAS 27 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima sembah taklimat daripada salah seorang doktor yang bertugas di Unit Rawatan Anak Damit.

 

Sebelum berangkat pulang, baginda terlebih dahulu meninjau Acute Medical Unit (AMU). Unit ini ditubuhkan pada tahun 2011 bagi mengenal pasti pesakit yang tenat supaya dapat dirawat dengan berkesan.

 

Hospital RIPAS merupakan hospital utama dan terbesar di Negara Brunei Darussalam yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam pada 28 Ogos 1984.

 

Kini Hospital RIPAS yang sudah mencapai tiga dekad penubuhannya itu, pelbagai aspek dari segi infrastruktur, kemudahan alat-alat perubatan, perkhidmatan kepakaran 'speciality' juga 'sub-speciality' untuk memenuhi keperluan perkhidmatan perubatan telah berkembang maju.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17