FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'Rezeki dan Hutang : Tadzkirah, Do'a & Amalan', Terbitan JMK


TIMBALAN Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin (kanan) menyerahkan buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan bertajuk Rezeki & Hutang - Tadzkirah, Do'a & Amalan kepada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB)

 


 September 28th, 2016  |  11:04 AM  |   1338 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 27 September. - Dalam Islam, konsep rezeki tidak hanya terbatas pada memperolehi atau memiliki harta benda sahaja, malah jika difahami melalui ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ia juga tidak lari dari menyentuh aspek akidah, syariah dan akhlak.

 

Perkataan rezeki juga disebut di dalam Al-Quran sebanyak 123 kali, iaitu 61 kali dalam bentuk kata perbuatan dan 62 kali dalam bentuk kata nama.

 

270916 ARIFFIN2 BUKU

HADIR selaku tetamu kehormat di majlis pelancaran buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan bertajuk 'Rezeki dan Hutang - Tadzkirah, Do'a dan Amalan' ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin (kanan).

 

Berhubung dengan hutang pula, ia merupakan satu keperluan dalam perkara-perkara yang bermanfaat dan sebaliknya satu bebanan jika ia menjurus pada perkara-perkara yang tidak penting dan tidak bermanfaat.

 

Disebutkan bahawa amalan berhutang adalah sangat tidak disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerana hutang itu adalah kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari.

 

Sebegitu beratnya bebanan hutang dan kerana itulah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa meminta perlindungan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dari berhutang.

 

Demikian antara inti pati kandungan buku baharu terbitan Jabatan Mufti Kerajaan bertajuk 'Rezeki dan Hutang : Tadzkirah, Do'a & Amalan' yang baru dilancarkan hari ini dan disempurnakan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin berlangsung di Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, di sini.

270916 ARIFFIN1 BUKU

BUKU terbitan Jabatan Mufti Kerajaan bertajuk 'Rezeki dan Hutang - Tadzkirah, Do'a dan Amalan'.

Di samping membahaskan mengenai rezeki dan hutang, buku setebal 71 muka surat ini juga dilengkapi dengan beberapa amalan, zikir dan doa pembuka pintu rezeki dan beberapa sebab yang boleh menutup pintu rezeki, termasuk amalan, zikir dan doa untuk membebaskan diri daripada hutang.

 

Buku 'Rezeki & Hutang : Tadzkirah, Do'a & Amalan' terbit hasil dari perbincangan awal di antara pegawai-pegawai Bahagian Penerbitan dan Penerangan, Jabatan Mufti Kerajaan dengan pegawai-pegawai dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) pada bulan Julai yang lalu.

 

Terbitan khas buku ini untuk Perbadanan TAIB akan dijadikan cenderamata sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan TAIB yang Ke-25 pada 29 September 2016, manakala buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan akan dijual dengan harga BND3 senaskhah.

 

270916 ARIFFIN5 BUKU

TIMBALAN Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin melancarkan buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan bertajuk 'Rezeki & Hutang - Tadzkirah, Do'a & Amalan'.

 

Pemangku Pengarah Pentadbiran, Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri semasa berucap pada majlis pelancaran tersebut mengimbas kembali permulaan kerjasama di antara Jabatan Mufti Kerajaan dan TAIB pada tahun 2004 dengan termeterainya Memorandum Persefahaman ditandatangani bagi TAIB membiayai percetakan Buku Fatwa Mufti Kerajaan dan Irsyad Hukum selama tiga keluaran sehingga tahun 2005.

 

Beliau seterusnya berharap jalinan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak ini akan dapat diteruskan malah dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang.

 

Kerjasama yang dimaksudkan jelasnya bukan hanya setakat dalam penerbitan buku bahkan juga aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain di antaranya kerjasama dalam meningkatkan kapasiti tenaga manusia kedua-dua belah pihak melalui latihan-latihan yang bersesuaian.

 

Jabatan Mufti Kerajaan tambahnya juga berharap agar agensi-agensi swasta yang lain juga akan dapat tampil menjalinkan kerjasama yang serupa bagi sama-sama mendukung hasrat Negara Brunei Darussalam untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir.

 

Pada majlis tersebut, Timbalan Mufti Kerajaan telah menyerahkan buku yang baru dilancarkan itu pada pihak TAIB yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, Awang Maswadi bin Haji Mohsin selaku Pengerusi Bersama Sambutan 25 Tahun Penubuhan TAIB dan diikuti dengan penyerahan wakaf bagi Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Institusi Pengajian Tinggi.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat majlis oleh Awang Maswadi bin Haji Mohsin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Awang Haji Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16