FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mentaati Allah, Istighfar Membuka Pintu Rezeki


TIMBALAN Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin melancarkan buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan bertajuk 'Rezeki & Hutang - Tadzkirah, Do'a & Amalan'.

 


 September 28th, 2016  |  11:01 AM  |   1468 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 27 September. - Sifat mentaati perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi larangan-Nya serta membanyakkan istighfar merupakan dua perkara penting untuk membuka pintu-pintu rezeki yang penuh dengan keberkatan.

 

Namun, dua perkara ini juga yang sering dilupakan kerana kadang-kadang, dalam mencari rezeki kita tidak mengindahkan perkara halal haramnya.

 

''Perkara yang penting bagi kita semata-semata memperolehinya sekalipun kita berniaga itu dengan
cara menipu, kita mendapatkan wang dengan jalan yang haram, kita mengambil harta secara tidak jujur, bahkan dalam pembahagian harta pun kita mengambil hak orang lain dan seumpamanya.''

 

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain
@ Maidin pada Majlis Pelancaran Buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan berlangsung di Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, di sini.

 

Dato Seri Setia berkata, dalam mendapatkan rezeki itu, kita hanya mahu mencapai banyaknya, tetapi kita lupa bahkan ada juga yang sengaja tidak mengindahkan suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dalam mengurus rezeki yang didapati.

 

Sebab itu jelas Dato Seri Setia, sekalipun harta yang diperolehi itu banyak, tetapi ia tetap tidak membawa pada ketenangan hidup dan kita masih sahaja merasa tidak cukup kerana tidak ada keberkatan.

 

270916 ARIFFIN3 BUKU

TIMBALAN Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin semasa berucap di Majlis Pelancarkan buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan bertajuk 'Rezeki & Hutang - Tadzkirah, Do'a & Amalan'.

 

''Begitu juga dengan hak-hak yang tidak ditunaikan seperti pengeluaran zakat dan sebagainya. Apa lagi untuk terus menerus beristighfar kerana orang sebegini jarang sekali akan terasa perlunya beristighfar untuk memohon ampun terhadap kesilapan atau dosa kepada Allah,'' ujar Timbalan Mufti Kerajaan.

 

Terdahulu, Dato Seri Setia berkata, rezeki adalah sesuatu yang kita harap-harapkan, yang bukan setakat kita mampu mendapatkannya, tetapi juga mengharapkan agar ia banyak, luas dan melimpah ruah dan jika rezeki itu berlebih, kita juga boleh mengongsikannya kepada keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan sesiapa saja.

 

Berbeza pula dengan hutang ujar Dato Seri Setia, yang mana kita sangat-sangat tidak mengharapkan hutang, kerana kita tahu ia akan menyusahkan hidup, mengganggu emosi dan fikiran dan memutuskan hubungan baik dan sebagainya.

 

Timbalan Mufti Kerajaan seterusnya menjelaskan, dalam mencari rezeki, perkara utama yang perlu kita yakini dan ingati selalu ialah rezeki itu adalah kurnia Allah dan Allah Subhanahu Wata'ala yang berkuasa mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

 

Rezeki tidak semata-semata terletak pada usaha yang kita lakukan, tetapi pada hakikatnya rezeki itu adalah
diterima daripada Allah yang bersifat ar-razzaq, jelasnya.

 

''Secara logiknya apabila rezeki kita luas sudah tentu kita akan jauh dari hutang. Namun kadang-kadang tidak begitu. Ada orang tidak nampak sangat dia berharta, tetapi kehidupannya cukup bahagia. Ada pula orang yang nampak sangat berharta, tetapi seolah-olah harta yang banyak itu tidak mencukupi kehidupannya. Bahkan apa yang terjadi, tidak cukup dengan harta yang dimiliki, sanggup pula berhutang kononnya untuk meluaskan pendapatan dan kekayaannya,'' terang Dato Seri Setia.

 

Perkara berhutang jelasnya memang ada dalam Islam, namun apa yang anehnya tidak sedikit orang yang berhutang ini tidak melunaskan hutangnya apabila sampai masa untuk membayarnya malah tidak cukup dengan pelbagai dalih yang diberikan, sanggup pula menyembunyikan diri semata-mata untuk mengelak dari membayar hutang.

 

Dato Seri Setia menambah, menurut hukum Syarak, hutang itu wajib dibayar dengan segera jika ada kemampuan Sama ada hutang itu banyak ataupun sedikit kerana perbuatan sengaja melengahkan hutang adalah perbuatan zalim.

 

Hutang, jelasnya, bukan sahaja menjadi beban di dunia bahkan juga setelah meninggal dunia jika masih lagi belum dilunaskan dan kerana itu umat Islam dinasihatkan agar menjauhkan diri dari berhutang kecuali apabila benar-benar diperlukan.

 

Dari itu ujar Dato Seri Setia, untuk kita memperolehi rezeki yang luas itu dan mengelak diri dari dibebani oleh hutang, maka kuncinya ialah kembali kepada ajaran Allah Subhanahu Wata'ala dan Rasul-Nya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Awang Haji Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16