FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Daerah Brunei dan Muara Muncul Johan Keseluruhan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika menyampaikan Piala Pusingan kepada pemenang keseluruhan iaitu pasukan Daerah Brunei dan Muara di Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan Berserta Pemahaman Bagi Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Seluruh Negara. | FOTO : PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 September 27th, 2016  |  11:04 AM  |   1283 views

TUTONG

 

Isnin, 26 September. - Pasukan Daerah Brunei dan Muara muncul johan keseluruhan Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan Berserta Pemahaman Bagi Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 2016.

 

Johan keseluruhan membawa pulang piala pusingan pertandingan yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini.

 

260916 FILA1 TAUSYEH

 

HADIR selaku Tetamu Kehormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong di Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan Berserta Pemahaman Bagi Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Seluruh Negara berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

 

Sementara Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi dari Daerah Brunei dan Muara memenangi Kategori 'A' (Kanak-kanak Lelaki) dan johan Kategori 'B' (Kanak-kanak Perempuan) pula diraih oleh Dayang Nur'Amerra Hafeezah binti Shahraimi dari Daerah Tutong.

 

Juara Kategori 'C' (Remaja Lelaki) dan Kategori 'D' (Remaja Perempuan), masing-masing dimenangi oleh Awang Abdul Wafiy bin Haji Abdul Kadiroshman dari Daerah Tutong dan Dayang Nor Hamizah binti Aji dari Daerah Temburong.

 

260916 FILA4 TAUSYEH

 

TETAMU Kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori  'A', Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi dari Daerah Brunei dan Muara.

 

260916 FILA5 TAUSYEH

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan hadiah kepada johan Kategori 'B', Dayang Nur'Amerra Hafeezah binti Shahraimi.

 

Manakala johan Kategori 'E' (Dewasa Lelaki) ialah peserta Daerah Temburong, Awang Haji Mohd. Asri bin Haji Timbang dan Dayang Noriah binti Tuah dari Daerah Brunei dan Muara memenangi Kategori 'F' (Dewasa Perempuan).

 

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

260916 FILA6 TAUSYEH

 

TETAMU Kehormat semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori 'C' Remaja Lelaki, Awang Abd Wafiy bin Haji Abd Kadiroshman dari Daerah Tutong.

 

260916 FILA7 TAUSYEH

 

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan hadiah kepada juara Kategori 'D' Remaja Perempuan, Dayang Nor Hamizah binti Aji dari Daerah Temburong.

 

Hadir sama di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap KHEDN; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN; penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

 

Terdahulu, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam selaku pengerusi bersama majlis dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan pertandingan itu bertujuan bagi mendokong hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan menanam rasa cinta kepada Al-Quran, di samping menjadikan membaca Al-Quran itu sebagai amalan harian serta memahami isi dan tafsiran yang terkandung di dalamnya.

 

260916 FILA8 TAUSYEH

 

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori 'E', Awang Haji Mohd. Asri bin Haji Timbang.

 

260916 FILA9 TAUSYEH

 

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori 'F',  Dayang Noriah binti Tuah.

 

Selain itu jelasnya, pertandingan tersebut juga dapat memberikan kesempatan dan peluang kepada rakyat dan penduduk khususnya kanak-kanak, Ahli-ahli MPMK serta Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid untuk sama-sama terlibat dalam meraikan dan membesarkan hari-hari kebesaran negara.

 

Seramai 23 peserta menyertai kemuncak pertandingan tersebut dengan penyertaan empat wakil dari keempat-empat daerah kecuali tiga peserta bagi Kategori Dewasa Lelaki.

 

Majlis diserikan dengan persembahan tausyeh oleh Kumpulan Firqah Khairul Mu'minin, Kampung Kiudang.

 

260916 FILA2 TAUSYEH

 

PEMENANG Kategori 'A', Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi dari Daerah Brunei dan Muara ketika memperdengarkan bacaan surah di Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan Berserta Pemahaman Bagi Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Seluruh Negara.

 

Dalam pada itu, Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi dari Daerah Brunei dan Muara, semasa ditemu bual melahirkan perasaan gembira kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu bagi Kategori 'A' (Kanak-kanak Lelaki).

 

Jelasnya, beliau telah membuat persediaan dari awal bulan Januari tahun ini, dan segala usaha gigihnya telah membuahkan hasil yang membanggakan.

 

260916 FILA3 TAUSYEH

JOHAN Kategori 'B',  Dayang Nur'Amerra Hafeezah binti Shahraimi dari Daerah Tutong semasa memperdengarkan bacaan surah di Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan Berserta Pemahaman Bagi Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Seluruh Negara.

 

Bagi johan Kategori 'B' (Kanak-kanak Perempuan) pula, Dayang Nur'Amerra Hafeezah binti Shahraimi dari Daerah Tutong menyatakan bahawa kejayaan yang diraihnya itu merupakan kemenangan beliau yang pertama.

 

Dengan kemenangan ini katanya, beliau akan berusaha meningkatkan lagi mutu pembacaan dan penghayatan serta hafazan ayat-ayat suci Al-Quran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16