FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



National


  Home > National


Sistem Pengangkutan Awam Perlu 'Connected', 'Reliable'


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa memotong reben di Majlis Pelancaran Sistem Teksi Bermeter Negara Brunei Darussalam berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.| PHOTO COURTESY : PELITA BRUNEI (Haji Masamaleh Haji Mohd. Ali)

 


 September 24th, 2016  |  11:41 AM  |   1792 views

BERAKAS

 

Jumaat, 23 September. - Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat berkata, sistem pengangkutan awam sama ada teksi atau bas perlu mempunyai connectivity dan boleh diharap (reliable).

 

Connectivity jelas Yang Berhormat bermakna setiap rakyat di negara ini boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di mana sahaja di negara ini terutamanya perkhidmatan bas dan ia harus ke tempat-tempat perniagaan, universiti dan institusi pengajian, hospital, bangunan kerajaan, hotel, pejabat kedutaan dan sebagainya.

 

Manakala reliable tambah Yang Berhormat ialah teksi itu mesti bermeter, dengan harga yang berpatutan, jelas kepada orang ramai, boleh dipercayai dan tepat pada masanya.

 

"Tugas kami adalah untuk melaksanakan sistem ini terlebih dulu. Bila ianya sudah dilaksanakan, maka barulah kami menangani isu-isu mengenai infrastruktur. Apabila semua orang mengikuti prinsip dan sistem ini, pihak kerajaan boleh meneruskan peringkat seterusnya," jelas Yang Berhormat semasa di temu bual oleh Pelita Brunei selepas pelancaran Sistem Teksi Bermeter di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 

Menurut Yang Berhormat, Kementerian Perhubungan sedang dalam usahanya melancarkan projek besar iaitu 'Peningkatan Pengangkutan Awam' yang telahpun diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan peruntukannya sudahpun disediakan.

 

Pihak kementeriannya juga sudahpun berbincang bersama Kementerian Pembangunan bagi mewujudkan sebuah kawasan bagi Sistem Perkhidmatan Bas yang khusus.

 

Semua itu jelasnya, perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan berharap agar ia akan berkembang dalam tahun mendatang dan seterusnya dapat memperkenalkan sistem pengangkutan lain yang lebih baik.

 

Terdahulu Yang Berhormat berkata, Sistem Teksi Bermeter ini merupakan satu perkara yang penting untuk meyakinkan orang ramai untuk menggunakan teksi dengan harga-harga yang berpatutan.

 

Seperti yang dimaklumi ujar Yang Berhormat, harga teksi di negara ini sebelum ini adalah kurang 'transparent'.

 

"Jadi salah satu tujuan dalam usaha ini adalah untuk memastikan harga-harga teksi itu seharusnya dalam harga yang berpatutan. Tarif teksi yang digunakan pada masa ini adalah setaraf dan setara dengan apa yang digunakan di Singapura," ujar Menteri Perhubungan.

 

Menurut Yang Berhormat, harga sekarang ini adalah jauh lebih rendah daripada harga yang digunakan sebelum ini dan kita harus mengucapkan terima kasih kepada pemandu-pemandu teksi atas persetujuan mereka untuk menerima tarif ini dan orang ramai diminta menyokong pemandu-pemandu teksi ini.

 

Walau bagaimanapun terang Yang Berhormat, tarif ini akan sentiasa dipantau di mana Kementerian Perhubungan sudah menggalakkan pemandu-pemandu teksi untuk memandu kereta persendirian mereka sebagai teksi, dengan tujuan untuk memperbesarkan lagi 'market base' pemandu-pemandu teksi di negara ini.

 

"Dengan demikian diharap pasaran mereka adalah lebih besar dan usaha untuk mencari rezeki itu adalah lebih luas," ujar Yang Berhormat.

 

Memandangkan teksi bermeter sudah dilancarkan jelasnya, pihak kerajaan akan berusaha memastikan bahawa pemakaian teksi ini akan terus dibarigakan kepada orang ramai.

 

Yang Berhormat juga menjelaskan mengenai tiga usaha yang akan diambil iaitu penyediaan tempat-tempat menunggu teksi terutamanya di tempat-tempat komersial, promosi-promosi video dan penggunaan sistem aplikasi IT dalam kemudahan para pengguna dan teksi dapat berhubung bagi keperluan mereka.

 

Dengan tiga perkara ini ujar Yang Berhormat, akan memudahkan dan menjadikan perkhidmatan teksi lebih efisien di negara ini.

 

Melalui Sistem Teksi Bermeter ini tambah Yang Berhormat, kerajaan dalam masa yang sama juga dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan penduduk di negara ini kerana pada masa ini, keramaian pemandu teksi adalah terhad iaitu dalam 50 buah sahaja.

 

Berkata mengenai sistem aplikasi IT pula, Yang Berhormat menyatakan bahawa pihaknya sedang dalam usaha mencari pembekal perkhidmatan dan sudah pun membuat tender kepada pembekal-pembekal.

 

"Kita memerlukan sistem IT ini dan kita juga perlu menggalakkan pemandu-pemandu teksi untuk menggunakannya kerana ia sesuatu yang mustahak dan dapat membawa mereka lebih dekat kepada pengguna," jelas Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, Kementerian Perhubungan dalam pada itu juga akan mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu teksi haram di negara ini.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39