Home > Bahasa Melayu
Putera Kebawah DYMM Dikurniakan Pangkat Pemangku Kapten
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda ’Abdul Mateen berkenan bergambar ramai.|FOTO: PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
September 1st, 2016 | 11:13 AM | 2469 views
BOLKIAH GARISON
Rabu, 31 Ogos. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dinaikkan pangkat Pemangku Kapten yang telah berkuatkuasa sejak 9 Mei 2016 lalu.
KEBAWAH DYMM berkenan menerima Tabik Hormat Diraja.
Sehubungan itu, pengurniaan lencana pangkat baru Pemangku Kapten tersebut disempurnakan oleh ayahanda Yang Teramat Mulia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison di sini.
KEBAWAH DYMM berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 111 anggota Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei di bawah kawalan Pegawai Pemerintah Perbarisan, Mejar Moza Syaffiarizal bin Haji Mohammad.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di sini dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.
Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Leftenan Komander Awang Haji Ainol Nizam bin Haji Ibrahim, Tentera Laut Diraja Brunei.
KEBAWAH DYMM semasa berkenan mengurniakan pangkat Pemangku Kapten kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda ’Abdul Mateen.
Terdahulu, Kebawah DYMM berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 111 anggota Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei di bawah kawalan Pegawai Pemerintah Perbarisan, Mejar Moza Syaffiarizal bin Haji Mohammad.
Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan YTM berkenan menandatangani Lembaran Kenangan.
KEBAWAH DYMM semasa berkenan hadir di Majlis kenaikan pangkat Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda ’Abdul Mateen.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.
YTM sebelum ini pernah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), Surrey, United Kingdom bagi pengambilan ke-102 selama 44 minggu yang bermula dari 9 Mei 2010.
KEBAWAH DYMM semasa berkenan bergambar bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda ’Abdul Mateen.
Sejurus menamatkan latihan berkenaan dan atas menjunjung titah perkenan Kebawah DYMM, YTM dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda pada 15 April 2011 dan seterusnya dikurniakan pangkat sebagai Leftenan di Mes Pegawai Berakas Garison pada 14 September 2012 lalu.
KEBAWAH DYMM berkenan menandatangani Lembaran Kenangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]