Home > Bahasa Melayu
DPMM Menerima Mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen yang berlangsung di Qashr Al-Meezan.|FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)
August 31st, 2016 | 11:26 AM | 1257 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Selasa, 30 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen yang berlangsung di Qashr Al-Meezan.
Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai; Ketua Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Singapura, Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim; Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan), Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern dan Panglima Tentera Laut Republik Singapura, Laksamana Lai Chung Han.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen. Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai; Ketua Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim; Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan), Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern dan Panglima Tentera Laut Republik Singapura, Laksamana Lai Chung Han.
Juga hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.
Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen adalah dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini sempena memperingati ulang tahun ke-40 hubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.
Selain itu, lawatan TYT adalah bertujuan bagi membincangkan hubungan pertahanan dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk Siti Redzaimi Pg Hj Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]