FacebookInstagramTwitterContact

 

Samsung awarded $6.4 billion CHIPS Act grant to build 'semiconductor ecosystem' in Texas           >>           Youtube Prevents Ad-Blocking Mobile Apps From Accessing Its Videos           >>           Play. Win. Repeat. Champions. Welcome To The Antonio Habas And Mohun Bagan Show           >>           Madrid's Bellingham Poised To Make Difference Vs. Man City           >>           Victor Boniface, Nathan Tella Latest Nigerians To Win Bundesliga           >>           Cole Palmer Hits Four As Chelsea Thrash Everton           >>           Indonesia Left Outraged By Refereeing Decision In Opening AFC U-23 Asian Cup Defeat           >>           These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Kesihatan Terus Pantau Jangkitan Virus Zika


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin semasa dalam sidang media mengenai penyakit virus Zika.|FOTO: PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 August 30th, 2016  |  11:50 AM  |   2067 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 29 Ogos. - Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai 41 kes jangkitan virus Zika yang berlaku di Republik Singapura, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan negara tersebut melalui media massa baru-baru ini.

 

Kementerian Kesihatan tersebut juga melaporkan 34 daripada jumlah tersebut telah sembuh sepenuhnya (maklumat diambil dari siaran akhbar bersama oleh Kementerian Kesihatan Singapura dan Agensi Persekitaran Kebangsaan Singapura, 28 Ogos 2016).

 

Perkara itu dijelaskan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

 

Dalam pada itu juga, Penguasa Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Justin Wong juga menjelaskan bahawa di antara negara-negara lain yang terjejas dengan penyakit virus Zika dan melaporkan penularan secara meluas (widespread transmission), kebanyakannya, adalah terhad di rantau Amerika Latin dan Caribbean.

 

Menurut beliau, hasil daripada pemantauan berterusan Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak ada kes jangkitan virus Zika dilaporkan di Negara Brunei Darussalam.

 

Jangkitan virus Zika jelasnya, ialah sejenis jangkitan yang dibawa oleh nyamuk Aedes Aegypti, sebagaimana jangkitan yang menyebabkan demam denggi dan chikungunya yang mana nyamuk Aedes memang didapati di negara-negara tropika.

 

"Menurut kajian perubatan, kebanyakan kes jangkitan virus Zika tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau simptom. Walau bagaimanapun, sebahagian kecil pesakit boleh mengalami tanda-tanda seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala dan konjunktivitis serta ruam. Jangkitan ini juga berkemungkinan ada berkaitan dengan simptom neurologi dan mikrosefali (microcephaly) dalam kalangan anak damit yang baru lahir," ujarnya.

 

Tambahnya, tidak ada rawatan khusus bagi merawat ataupun vaksin bagi mencegah jangkitan virus Zika. Rawatan adalah lebih tertumpu kepada rawatan sokongan untuk melegakan tanda-tanda jangkitan, jika diperlukan.

 

Virus Zika menurutnya, adalah terdiri daripada genus Flavivirus di dalam keluarga Flaviviridae. Virus ini boleh merebak dari seorang yang telah dijangkiti virus Zika ke seorang yang sihat melalui gigitan nyamuk jenis Aedes. Selain itu, terdapat risiko kecil virus tersebut merebak melalui hubungan seksual.

 

Katanya, hasil pemantauan entomologi (serangga) menunjukkan terdapatnya nyamuk Aedes yang memang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Nyamuk ini sering membiak di dalam bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong, lapik pasu bunga, tayar-tayar yang terdedah dan sampah sarap yang terbiar. Pembiakannya didapati meningkat berlipat ganda selepas musim hujan. Lazimnya, nyamuk ini akan keluar pada awal pagi dan lewat petang.

 

290816 ZIKA DKFILA-2

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin semasa dalam sidang media mengenai penyakit virus Zika.

 

"Kementerian Kesihatan akan terus melaksanakan langkah-langkah pemantauan, pencegahan dan pengawalan termasuklah pemantauan entomologi dan pengawalan vektor. Memandangkan keadaan yang sedang berlaku di Singapura serta perjalanan yang banyak dilakukan antara negara tersebut dan Negara Brunei Darussalam, maka terdapat risiko kecil pembawaan virus tersebut ke dalam Negara Brunei Darussalam melalui individu yang dijangkiti. Persediaan Negara Brunei Darussalam untuk mengurus kes pembawaan virus Zika adalah berpandukan kepada pengukuhan keupayaan negara untuk mencegah berlakunya mana-mana kes, mengesan kes-kes lebih awal dan mengawal perebakan untuk mencegah berlakunya wabak. Ini adalah selaras dengan prinsip-prinsip teras Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005). Penilaian risiko terhadap kemunculan situasi baharu akan diteruskan dan garis panduan yang jelas telah pun disediakan bagi memastikan negara kita akan sentiasa bersedia untuk mengendalikan kemunculan virus tersebut," ujarnya.

 

Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak jelasnya, yang berkepentingan adalah mustahak. Orang ramai perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam mengambil tindakan-tindakan pencegahan perebakan virus Zika di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil langkah-langkah pencegahan pembiakan nyamuk dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk dan meluangkan masa selama 10-30 minit sekerap yang boleh, sekurang-kurangnya seminggu sekali, untuk memeriksa kawasan kediaman atau bangunan masing-masing bagi memastikan kawasan persekitaran bebas daripada pembiakan nyamuk.

 

"Memastikan semua longkang dan aliran air dalam keadaan bersih, berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat, memastikan sampah sarap dibuang dengan teratur dan tidak ada bekas-bekas yang terbiar yang boleh menakung air, memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang dan mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna gelap kerana warna gelap akan menarik perhatian nyamuk, menggunakan semburan racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau kepingan penghalau nyamuk dan menggunakan penghadang serangga (insect repellant) terutama bagi aktiviti luar, jika perlu," tambahnya.

 

Di samping itu menurutnya, orang ramai terutama sekali wanita yang mengandung yang akan mengunjungi negara-negara yang terjejas adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti keterangan yang dinyatakan di atas.

 

Katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menasihatkan untuk mengadakan sekatan perjalanan ataupun perdagangan ke atas negara-negara terjejas dan tidak menasihatkan penyaringan khusus bagi penyakit-penyakit tersebut di pintu-pintu masuk. Walau bagaimanapun, orang ramai yang telah pun mengunjungi negara yang terjejas dan mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan.

 

"Kementerian Kesihatan akan terus memantau kejadian jangkitan virus Zika dengan kerjasama pihak WHO dari semasa ke semasa dan melaksanakan apa jua tindakan yang diperlukan termasuk memaklumkan sebarang perkembangan mengenainya kepada orang ramai. Bagi sebarang pertanyaan tentang jangkitan virus Zika ataupun penyakit bawaan nyamuk, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan 'www.moh.gov.bn' ataupun menghubungi Talian Darussalam 123," ujarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21