FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Projek Pengemaskinian PID Mula Dilaksanakan


TIMBALAN Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar (tengah) semasa hadir pada Sidang Media mengenai mengemas kini maklumat hartanah di kawasan-kawasan Lembaga-lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam.|FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 August 30th, 2016  |  11:45 AM  |   1238 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 29 Ogos. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) melalui Jabatan-jabatan Bandaran sedang melaksanakan projek kerja-kerja pengumpulan data hartanah (Property Inventory Database - PID) dalam kawasan Lembaga-lembaga Bandaran bertujuan bagi mengemaskini maklumat data hartanah untuk penyediaan pengkalan data hartanah (database), agar lebih teratur, bersistematik dan terkini.

 

Sehubungan itu, satu Sidang Media mengenai mengemas kini maklumat hartanah di kawasan-kawasan Lembaga-lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan KHEDN.

 

290816 KHEDN HAMZAH-4

PEGAWAI Bandaran, Dayang Hajah Rasidah binti Haji Ghani, juga selaku Pengurus Projek, KHEDN ketika memberikan penerangan mengenai projek tersebut.

 

Sidang Media mengenai perojek berkenaan adalah bagi menerangkan matlamat projek pengemaskinian PID tersebut, manakala kerja-kerja di lapangan bagi projek tersebut akan dilaksanakan bermula 1 Ogos 2016 hingga 31 Mac 2017.

 

Dalam tempoh tersebut, pengumpul data yang dilantik akan membuat notis perjanjian dengan pemilik-pemilik hartanah seterusnya memasuki, memeriksa dan mengukur mana-mana rumah, bangunan atau hartanah di kawasan-kawasan di bawah kawalan Lembaga-lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam pada tarikh yang ditentukan.

 

KHEDN memohon agar pemilik-pemilik Hartanah memberikan kerjasama sepanjang tempoh kerja-kerja pengumpulan data Hartanah dijalankan.

 

290816 KHEDN HAMZAH-01

SEBAHAGIAN daripada petugas-petugas projek yang akan mengumpul data dan akan membuat notis perjanjian dengan pemilik-pemilik hartanah seterusnya memasuki, memeriksa dan mengukur mana-mana rumah, bangunan atau hartanah di kawasan-kawasan di bawah kawalan Lembaga-lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam pada tarikh yang ditentukan.

 

Sukacitanya KHEDN ingin memaklumkan kepada orang ramai terutamanya pemilik-pemilik hartanah mahupun penghuni-penghuni hartanah yang terlibat bahawa pengumpul data yang dilantik boleh dikenal pasti kerana mereka memiliki kad pengenalan diri juga memakai pakaian seragam yang dikhususkan bagi projek ini.

 

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah merujuk perkara ini melalui talian +673 2232225 (KHEDN), +673 2244151 (Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan), +673 3337081 (Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria), dan +673 4221232 (Jabatan Bandaran Tutong) semasa waktu pejabat (Isnin hingga Khamis dan Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan jam 1.30 petang hingga 4.30 petang.

 

290816 KHEDN HAMZAH-3

ANTARA yang hadir pada sidang media tersebut.

 

Sidang Media juga diteruskan dengan taklimat penerangan mengenai projek tersebut yang disampaikan oleh Pegawai Bandaran, Dayang Hajah Rasidah binti Haji Ghani, juga selaku Pengurus Projek, KHEDN.

 

Hadir sama pada sidang media berkenaan, Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19