Home > Bahasa Melayu
Presiden Viet Nam Tiba Bagi Lawatan Negara
HADIR mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Menteri Pengiring dan isteri, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman.|FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman )
August 27th, 2016 | 11:30 AM | 2156 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 26 Ogos. - Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Tran Dai Quang dan isteri, Puan Nguyen Thi Hien berserta rombongan selamat tiba di negara ini bagi memulakan Lawatan Negara selama tiga hari bermula hari ini.
Hadir mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Menteri Pengiring dan isteri, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman.
PRESIDEN Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Tran Dai Quang dan isteri, Puan Nguyen Thi Hien berserta rombongan selamat tiba di negara ini bagi memulakan Lawatan Negara selama tiga hari bermula hari ini.
Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.
TYT turut mengetuai rombongan seramai 147 orang termasuk rombongan perniagaan.
Sejak termeterai hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Viet Nam pada 29 Februari 1992, persahabatan mesra dan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua buah negara terus berkembang maju terutama dalam bidang politik.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Marlinawaty Hussin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]