FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persembahan Warna-Warni Meriahkan Festival Kesenian ASEAN


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir selaku tetamu kehormat majlis. |FOTO: PELITA BRUNEI (Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 August 27th, 2016  |  11:28 AM  |   1774 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 26 Ogos. - Negara Brunei Darussalam tahun ini menjadi pengerusi kepada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian (AMCA) Ke-7 yang telah sempurna dilangsungkan pada 25 Ogos lalu.

 

Pada tahun ini juga Bandar Seri Begawan telah diisytiharkan sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN.

 

Sebagai salah satu acara yang disempenakan dengan mesyuarat tersebut, Festival Kesenian ASEAN telah berlangsung malam ini bertempat di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei (RTB), di sini.

 

260816 ARTS ASRI-2

SALAH satu persembahan semasa acara Festival Kesenian ASEAN.

 

Hadir menyaksikan Festival Kesenian ASEAN itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Festival telah diserikan dengan tujuh segmen persembahan yang dimulakan dengan segmen instrumental dari Negara Singapura, Jepun dan Republik Korea diikuti dengan segmen kedua iaitu Persembahan Hadrah dan Jipin Laila Sembah dari Negara Brunei Darussalam.

 

Segmen tarian seterusnya dipersembahkan oleh Kemboja bertajuk Monimekhala, China dengan tarian bertajuk Autumn Breeze dan Indonesia dengan tarian Ronggeng Belantik.

 

260816 ARTS ASRI-6

SALAH satu persembahan semasa acara Festival Kesenian ASEAN.

 

Ini disusuli dengan nyanyian dan sketsa Kampong Ayer yang dipersembahkan oleh Negara Brunei Darussalam.

 

Persembahan segmen keempat kemudian diteruskan dari Lao bertajuk Ramwong, Malaysia dengan persembahan The Sound of Malaysia dan Myanmar dengan persembahan berjudul U Shwe Moe.

 

260816 ARTS ASRI-4

SALAH satu persembahan semasa acara Festival Kesenian ASEAN.

 

Manakala segmen kelima diisikan dengan persembahan dari Negara Brunei Darussalam dengan tarian Jong Sarat diikuti segmen keenam dari Filipina dengan tarian Pilin Mo Ang Pilipinas, Thailand dengan tarian Ram Sat Chatri dan Viet Nam dengan tarian Our Motherland Viet Nam.

 

Segmen terakhir pula mempersembahkan tarian Joget Baju Putih dan ASEAN We Are One.

 

Festival merupakan satu projek AMCA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21