FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemputan yang hadir ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016. |FOTO : PELITA BRUNEI ( Azmah Haji Ahad, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 August 25th, 2016  |  11:22 AM  |   2327 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 24 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.

 

240816 RI AZMAH 06 

KEBAWAH  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam  berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016.

 

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

 

240816 RI AZMAH 07 

KEBAWAH  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah,  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; isteri Menteri Perhubungan, Pengiran Datin Hajah Jamilah binti Pengiran Haji Mohd. Yusof; isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; isteri Mufti Kerajaan, Datin Hajah Maznah binti Haji Muhammad, selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2016; dan isteri Timbalan Menteri di JPM, Datin Dr. Hajah Asmah binti Haji Morni.

 

240816 RI DKFILA 013 

JEMPUTAN khas yang hadir ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan oleh naib johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur 2010, Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran.

 

Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan, ketika ini, dunia sedang menyaksikan perkembangan teknologi perhubungan (communication) yang sangat pesat dalam bidang pengangkutan (transportation) dan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

 

240816 RI AZMAH 15 

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud dalam sembah alu-aluannya.

Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 seterusnya menjelaskan, sistem perhubungan ini merupakan asas kehidupan bagi mencapai keselesaan hidup dan yang pentingnya untuk mendapat keredaan di akhirat.

 

Pada zaman kegemilangan Islam yang terdahulu terangnya, perhubungan bukan sahaja telah meluaskan rangkaian perdagangan dan memajukan negara-negara sebaya tetapi juga telah meluaskan dakwah dan pengaruh Islam sebagai ugama yang syumul, progresif dan adaptif kepada keperluan dan kesejahteraan ummah.

 

Tambahnya, ia meletakkan hukum kepada seluruh masyarakat Islam bahawa keperluan untuk mengadakan satu sistem perhubungan yang terbaik dan untuk mengendalikannya dengan berkesan adalah satu tuntutan fardu kifayah.

 

240816 RI AZMAH 16 

CERAMAH Perdana disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani.

 

Pada majlis itu, Ceramah Perdana telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung berangkat menandatangani Lembaran Kenang-Kenangan Majlis Ilmu 2016 dan seterusnya berkenan menyertai sesi bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu majlis serta para penceramah Majlis Ilmu 2016 dan berkenan menerima junjung ziarah.

 

240816 RI AZMAH 12

BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan oleh naib johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur 2010, Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran.

 

Sesungguhnya, keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain ke majlis tersebut merupakan satu dorongan yang sangat berharga kepada rakyat dan penduduk negara ini untuk sentiasa berusaha ke arah mempertingkatkan ilmu sama ada bagi kemajuan diri sendiri, masyarakat, pembangunan negara dan ummah sejagat.

 

Acara yang diungkayahkan bersama oleh JPM dan Kementerian Perhubungan memfokuskan kepada peranan sistem perhubungan yang merangkumi pengangkutan dan ICT selaku asas kehidupan bagi mencapai keselesaan hidup di dunia dan mendapat keredaan di akhirat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif, Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17