FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BSB Sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN 2016-2017


YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN 2016-2017 dan Festival Kesenian ASEAN di Teater Utama, Jabatan Perdana Menteri. |FOTO: PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 August 25th, 2016  |  11:12 AM  |   2089 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 24 Ogos. - Bandar Seri Begawan (BSB) telah menyaksikan pelbagai perkembangan pola demografi, kebudayaan dan kesenian di mana Sungai Brunei itu, menandakan kepentingan politik, ekonomi dan sosiobudaya negara.

 

BSB yang dahulunya dikenali dengan Bandar Brunei, sinonim dengan Kampong Ayer iaitu penempatan atas air terbesar di dunia, telah wujud selama lebih dari 600 tahun.

 

240816 BSB AZMAH 05

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof memukul gong menandakan Pelancaran Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN 2016-2017.

 

Antonia Pigafetta pada tahun 1521 pernah menulis mengenai Bandar Brunei yang mana pada masa itu, bandar tersebut dibina sepenuhnya di atas air kecuali rumah-rumah raja dan beberapa ketua, menempatkan sebanyak 25,000 keluarga serta kesemua rumah dibina daripada kayu dan mempunyai tiang yang tinggi.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyatakan perkara tersebut semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN 2016-2017 dan Festival Kesenian ASEAN di Teater Utama, Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

240816 BSB AZMAH 01

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat majlis.

 

Menurut Yang Berhormat, Residen British yang pertama, Malcolm Steward juga menulis mengenai Kampong Ayer pada tahun 1906, di mana Kampong Ayer pada masa itu merupakan ibu negara kesultanan Brunei semenjak beberapa ratus tahun.

 

Menyentuh mengenai perkembangan BSB pada masa sekarang, Yang Berhormat berkata, BSB menduduki tempat ketiga sebagai Bandar Kemapanan Alam Sekitar (ESC) ASEAN yang dianugerahkan oleh ASEAN Working Groups on Environmentally Sustainable Cities di Republik Demokratik Rakyat Lao.

 

240816 BSB AZMAH 03

TIMBALAN Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, Tuan Yang Terutama Vongthep Arthakaivalvatee semasa menyampaikan ucapan.

 

Selain itu, kata Yang Berhormat, BSB juga merupakan sister city of Nanjing semenjak tahun 2011.

 

Yang Berhormat turut berkata, pemilihan BSB sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN 2016-2017 itu adalah bersempena Negara Brunei Darussalam yang menjadi Pengerusi kepada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Keseniaan (AMCA).

 

240816 BSB AZMAH 10

SALAH satu persembahan kebudayaan semasa Majlis Pelancaran Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN 2016-2017 dan Festival Kesenian ASEAN.

 

240816 BSB AZMAH 13

Sepanjang tempoh tersebut tambah Yang Berhormat, BSB akan menyambutnya dengan pelbagai aktiviti-aktiviti dan acara kebudayaan.

 

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, Tuan Yang Terutama Vongthep Arthakaivalvatee dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa, projek Bandar Raya Kebudayaan ASEAN dan Festival Kesenian ASEAN adalah keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Keseniaan yang lalu.

 

240816 BSB AZMAH 20

 

YANG Berhomat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bergambar ramai bersama Menteri-Menteri yang menghadiri Mesyuarat AMCA dan peserta persembahan.

 

Pada majlis tersebut, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari kesemua negara ASEAN dan rakan-rakan dialog dari negara China, Jepun dan Republik Korea.

 

Turut hadir, Menteri-Menteri ASEAN dan rakan dialog dari negara China, Jepun dan Republik Korea yang bertanggungjawab bagi kebudayaan dan kesenian, Setiausaha-Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan para delegasi dari negara ahli ASEAN.

 

Pelancaran BSB sebagai Bandar Raya Kebudayaan ASEAN 2016-2017 dan Festival Kesenian ASEAN ini merupakan salah satu kegiatan yang disempenakan dengan Mesyuarat AMCA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17