Home > In The Court
Musang King : Tahanan Reman Dilanjutkan
July 28th, 2021 | 11:23 AM | 1017 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kes terhadap enam warga tempatan yang terlibat dalam aktiviti dadah semasa Operasi Musang King, Biro Kawalan Narkotik dilanjutkan tahanan reman hingga 9 Ogos 2021.
Enam defendan, terdiri daripada Jakaria bin Ahad (Defendan Pertama - D1); Siti Izzatul Munirah binti Ahmad (Defendan Kedua - D2); Mohammad Isamuddin bin Ahmad (Defendan Ketiga - D3); Ahmad bin Haji Tamit (Defendan Keempat - D4); Maskunah binti Wahab (Defendan Kelima - D5); dan Mohammad Saifuddin bin Ahmad (Defendan Keenam - D6) dibicarakan menerusi 'video conference', di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.
Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah (APD), Penggal 27, iaitu atas kesalahan memiliki dadah bagi tujuan mengedar dadah kelas 'A' yang melebihi daripada 100 gram membawa pada hukuman gantung hingga mati.
D1 dan D2 turut didakwa, di bawah Seksyen 3 Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah, 2012, iaitu atas Kesalahan Membersihkan Wang Haram, yang boleh membawa denda tidak melebihi BND500,000 dan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah turut menetapkan kes tersebut akan disebut semula pada 9 Ogos 2021, jam 2.00 petang.
Pendakwaan tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian Abdul Rahman, sementara Roy Prabhakaran dan DC Haji Daud Ismail mewakili bagi pihak defendan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]