FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Curi, Pecah Rumah


 


 July 25th, 2021  |  12:42 PM  |   992 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang penganggur penduduk tempatan dihukum penjara empat tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, di sini, bagi kesalahan melakukan pecah rumah dengan mencuri.

 

Hakim Mohammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memerintahkan tertuduh, Mohammad Hazuandy bin Untong, 34 tahun dihukum penjara bermula pada 4 Julai 2021.

 

Mohammad Hazuandy mengaku salah memecah masuk beberapa buah rumah di Kampung Junjongan. Tertuduh juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

 

Berdasarkan kepada fakta kes yang dibacakan, tertuduh membawa sebuah tangga untuk memasuki sebuah rumah melalui jendela. Tertuduh kemudian mencuri beberapa barangan seperti satu televisyen; satu set permainan konsol PlayStation 3 (PS3) dan tiga set kunci kereta untuk tiga buah kereta yang berbeza-beza.

 

Selepas itu, tertuduh kemudiannya pergi ke luar rumah dan terus membuka kunci kereta yang diletakkan di luar rumah menggunakan kunci kereta tersebut. Tertuduh kemudian terus mencuri barang-barang yang ada di dalam kereta tersebut iaitu dua bateri, masing-masing daripada dua buah kereta berkenaan dan radio dari salah satu kereta tersebut. Setelah itu, tertuduh juga mencuri satu set empat tayar berserta rim.

 

Pada kejadian tersebut, pengadu mendapati bahawa dua kunci kereta mereka tertinggal di rumah. Setelah sampai di rumah, pengadu memeriksa kereta mereka dan mendapati bahawa bateri kedua-dua buah kereta mereka telah hilang dicuri. Mereka juga turut mendapati barang-barang lain juga hilang malah mereka juga mendapati empat tayar dengan rim juga hilang.

 

Dalam pernyataannya kepada pihak polis, tertuduh mengakui telah menjual barangan tersebut iaitu permainan PS3 dan satu set radio dari salah sebuah kereta tersebut kepada Individu A dengan harga BND50. Tertuduh juga mengaku menjual bateri, tayar dengan rim kereta tersebut ke sebuah kedai besi di Ban 5, Mulaut dengan harga BND40.

 

Kemudian pada 28 Jun 2021, iaitu sekitar jam 6.15 pagi, tertuduh telah pergi ke sebuah rumah di Kampung Junjongan dengan berjalan kaki dan berniat untuk melakukan pencurian. Semasa tiba di rumah tersebut, tertuduh mendapati bahawa pintu depan rumah tersebut tidak dikunci.

 

Setelah mengetahui perkara ini, tertuduh terus masuk ke dalam rumah tersebut dan mencuri sebuah televisyen jenama Xiaomi 65 inci. Selepas itu, tertuduh meninggalkan rumah tersebut bersama dengan barangan curi itu.

 

Hasil siasatan pihak polis menunjukkan bahawa pada 28 Jun 2021, pengadu mendapati bahawa sebuah televisyen jenama Xiaomi 65 inci bersama dengan ‘remote’ telah hilang. Setelah mengetahui perkara tersebut, pengadu seterusnya membuat laporan polis.

 

Siasatan polis mendedahkan akan penglibatan tertuduh di mana dalam pernyataannya kepada polis, tertuduh mengaku bahawa pada 28 Jun 2021 iaitu sekitar jam 6.15 pagi, dia telah memasuki rumah tersebut dan melakukan jenayah curi. Tertuduh juga mengaku telah menjual televisyen tersebut kepada Individu B dengan harga BND200.

 

Pada 2 Julai 2021, sekitar jam 3.00 pagi, tertuduh telah pergi ke sebuah rumah di Kampung Junjongan dengan berjalan kaki dan berniat untuk melakukan jenayah curi di mana kemudiannya mencuri permainan konsol PlayStation 4 (PS4).

 

Dalam pernyataannya kepada pihak polis, tertuduh mengaku bahawa pada 2 Julai 2021 iaitu sekitar jam 3.00 pagi, dia memasuki ke sebuah rumah di Kampung Junjongan. Tertuduh juga mengaku menjual PS4 tersebut kepada Individu C dengan harga BND100. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syafina binti Abd. Hadzid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48