FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Amalan Baik Dunia Penghubung Dapatkan Keredhaan-Nya Akhirat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada perasmian Majlis Ilmu 2016 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.|FOTO : PELITA BRUNEI ( Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas )

 


 August 24th, 2016  |  11:44 AM  |   1146 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 23 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan agar hubungan dengan Allah Subhanahu Wata'ala berpaksikan iman, takwa dan ehsan, dalam makna, setiap amalan baik di dunia ini adalah penghubung untuk mendapatkan keredhaan-Nya di akhirat.

 

Sementara perhubungan sesama manusia pula, dalam titah baginda ialah dalam konteks pertalian diplomatik, sosial, ekonomi dan sebagainya yang membawa kepada keamanan, kesejahteraan dan faedah bersama.

 

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Perasmian Majlis Ilmu 2016 sempena Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Yang Ke-70 Tahun di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini dalam titahnya juga menyentuh dari dimensi duniawi dan ukhrawi, kita telah dipandu untuk menjaga hubungan dengan Allah Subhanahu Wata'ala dan juga hubungan kita sesama manusia sendiri.

 

''Sebaliknya, jika tanpa perhubungan, maka sesuatu yang baik dan bermanfaat tidak mungkin untuk diperolehi,'' tegas baginda.

 

Oleh itu, baginda bertitah, di samping kita digesa untuk meningkatkan iman dan takwa, kita juga disuruh untuk mendalami ilmu pengetahuan sebagai suluh dalam kehidupan.

 

Ini dalam titah baginda kerana ilmu itu diibaratkan sebagai pelita untuk dimanfaatkan pada saat manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sejauh mana ilmu itu diperolehi, sejauh itulah ia akan berperanan.

 

''Beta sangat gembira, kerana perhimpunan para intelek dan cendekiawan, terus disemarakkan di negara ini. Landasan ini amatlah penting untuk kita dapat mengupas dan mendalami apa-apa yang ada kaitan dengan pembangunan bangsa,'' titah baginda.

 

Baginda seterusnya bertitah bahawa Majlis Ilmu pada tahun ini memaparkan satu tema yang cukup mencabar, iaitu 'Menjana Perhubungan Berkat dan Selamat Pemangkin Kesejahteraan Ummah' yang mana dalam titahnya menyatakan tema tersebut cukup 'relevan' untuk melebarkan perbahasan mengenai peranan perhubungan dalam pembangunan bangsa dan negara, apatah lagi dunia sekarang sudah dibungkus oleh istilah globalisasi tanpa sempadan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17