FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Berkenan Menerima Mengadap


KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik, iaitu Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Perancis, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Faezah binti Pengiran Haji Abdul Rahman; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Puan Yang Terutama Hajah Masurai binti Haji Masri dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste, Puan Yang Terutama Norazlianah binti Haji Ibrahim.|FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Haji Mohidin)

 


 August 24th, 2016  |  11:38 AM  |   2833 views

BANDAR SERI BEGAWAN,

 

Selasa, 23 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri
Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Perancis, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Faezah binti Pengiran Haji Abdul Rahman; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Puan Yang Terutama Hajah Masurai binti Haji Masri dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste, Puan Yang Terutama Norazlianah binti Haji Ibrahim.

 

Ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik berkenaan telah menerima Watikah-watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 Ogos yang lalu.

 

Seterusnya, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri telah berkenan menerima mengadap perpisahan Puan Dr. Tahmina Begum, isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye yang akan menamatkan perkhidmatan.

 

TYT telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 29 September 2012.

 

Kemudian, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Dayang Anisamawati binti Haji Osman, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Belgium, Tuan Yang Terutama Abu Sufian bin Haji Ali.

 

TYT telah menerima Watikah Pelantikan daripada Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 Ogos yang lalu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Samle Haji Jait

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12