Home > In The Court
Pas Kerja Mansuh : Warga Asing Dihukum Penjara, Sebat
July 15th, 2021 | 13:08 PM | 1140 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Bangladesh dijatuhkan hukuman lima bulan penjara dan tiga kali sebatan atas kesalahan Akta Imigresen.
Hukuman ke atas Md. Sariful Islam dijatuhkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid di Mahkamah Majistret mulai 10 Julai 2021.
Md. Sariful Islam (tertuduh), 38 tahun dengan bilangan pasport BJ0433248 ditangkap semasa Operasi Langis 69/ 2021 di Restoran Roliyana, Kampung Delima Satu, Jalan Kebangsaan Lama pada 14 Jun 2021, jam 9.40 pagi.
Tertuduh melakukan kesalahan di bawah bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 kerana tinggal lebih masa di negara ini setelah Pas Kerja mansuh selama 378 hari.
Dalam pendakwaan yang dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Md. Zul Azri bin Haji Ranee, tertuduh juga merupakan seorang pekerja yang dilaporkan lari daripada majikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]