FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Penghargaan Riadah Berbasikal Keputeraan 70km


Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kiri) semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta acara berbasikal 70km Riadah Berbasikal Keputeraan 2016 yang lalu. | Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 August 23rd, 2016  |  10:16 AM  |   1716 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 22 Ogos. - Riadah Berbasikal Keputeraan 2016 yang julung-julung kali diadakan dengan jayanya pada 14 Ogos lalu, penuh signifikan dan bersejarah.

 

Selain itu, ia telah dapat membuktikan sukan mampu membawa pada perpaduan dan keamanan, di samping menggalakkan pada sektor pelancongan serta ke arah kesihatan.

 

Sehubungan itu, bagi meraikan para peserta yang telah menyertai acara 70 kilometer (km), satu Majlis Penghargaan Riadah Berbasikal Keputeraan telah berlangsung di Bilik VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir pada majlis tersebut.

 

Dalam ucapan alu-aluan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Zafri bin Haji Mohamed antara lain berkata, kemeriahan acara Riadah Berbasikal Keputeraan ditambah lagi dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bercemar duli menyertai sukan riadah berkenaan bersama ratusan peminat basikal dan bersama peserta berbasikal 70km.

 

Tambahnya, ini telah dapat mempamerkan kesetiaan mereka ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan berbasikal seawal pagi sejauh 70km.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta acara tersebut dan Persekutuan Basikal Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Seramai 70 peserta telah memeriahkan lagi acara berbasikal sejauh 70km yang terdiri daripada atlet kebangsaan, jurulatih basikal, Ahli-ahli Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, ahli kelab-kelab berdaftar di bawah Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, wakil-wakil dari kementerian dan jabatan kerajaan serta para belia.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19