FacebookInstagramTwitterContact

 

Why Becca Tilley Kept Hayley Kiyoko Romance Private But Not Hidden           >>           Ryan Seacrest Teases Katy Perry’s American Idol Replacement           >>           Pick Up This Anker 10,000mah Magnetic Power Bank For Only $32           >>           Google’s Project Starline video conferencing tech is coming to offices           >>           Apple and Google roll out a cross-platform feature to tackle unwanted Bluetooth trackers           >>           Kemar Roach Calls On West Indies To 'Ruin' James Anderson's Retirement Test           >>           Malaysia Super League Returns Under A Cloud In Wake Of Player Attacks           >>           Lion City Sailors, Tampines Rovers Lay Down A Marker As Champions Albirex Niigata (S) Forge New Identity           >>           Bologna Seal First-Ever UCL Spot After Roma Loss, Juventus Also In           >>           Seattle Sounders Beat Portland Timbers In Battle Of Struggling Teams           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Menipu, Menyamar


 


 June 28th, 2021  |  09:41 AM  |   1181 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang penganggur menerima padah apabila dihukum penjara 40 bulan gara-gara menipu dengan cara menyamar.

 

Pemangku Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd Yussof menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Sambari bin Haji Abu Bakar, 43, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

 

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh ditangkap dan membayar BND150 dan BND200 kepada mangsa-mangsa dan sekiranya dia gagal membayar balik akan ditambah hukuman penjara selama dua bulan.

 

Mengikut fakta kes, pada 18 Mei 2021 Mohammad Sambari telah menyewa sebuah kereta jenis Suzuki Celerio dari Syarikat KWSH Transportation Service Sdn. Bhd. dan perlu mengembalikan pada 20 Mei sebelum pukul 3.00 petang tetapi tertuduh tidak mengembalikan ke syarikat tersebut.

 

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh telah memperdayakan dan menipu mangsa-mangsa bagi urusan penjualan kereta sedangkan tertuduh mengetahui bahawa kereta itu tidak dapat dijual.

 

Tertuduh telah menawarkan kepada mangsa (pertama) untuk menjual kereta tersebut dengan harga BND150 dan mangsa berminat untuk membelinya. Tertuduh telah menyerahkan kunci kepada si mangsa, ketika mangsa bertanya tentang Blue Card kereta tersebut yang mana tertuduh mengatakan bahawa dia akan memberikan pada 24 Mei setelah dia membuat surat pertukaran nama.

 

Tertuduh kemudiannya telah pergi ke Workshop Kampung Serambangun Tutong dan memperkenalkan dirinya sebagai Din bekerja sebagai Pegawai Kastam dan Eksais Diraja dengan niat untuk memperbaiki kereta, semasa berada di bengkel tersebut tertuduh telah menawarkan kereta Toyota Vios kepada seorang mekanik. Tertuduh telah memberitahu mangsa (kedua) bahawa kereta itu adalah daripada penyitaan kastam di bawah penjagaannya dan menjual dengan harga BND500. Oleh kerana mangsa berminat dengan tawaran itu, mangsa kemudiannya memberikan tertuduh BND200 tunai sebagai pembayaran sebahagian daripada penjualan kereta dan memberikan salinan identitinya agar tertuduh melaksanakan dokumen yang diperlukan bagi pertukaran milik.

 

Pada 5 Jun 2021, mangsa menerima pesanan WhatsApp ‘viral’ meminta maklumat mengenai dengan tertuduh dikatakan menipu syarikat sewa kereta. Mangsa telah berusaha menghubungi tertuduh beberapa kali tetapi gagal. Mangsa telah melaporkan kes tersebut di Balai Polis Tutong bagi siasatan lanjut. Tertuduh mempunyai sabitan sebelumnya.

 

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20