Home > In The Court
Dipenjara Kerana Pas Lawatan Mansuh
June 28th, 2021 | 09:40 AM | 800 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang wanita warganegara Indonesia, Erni Yunita dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara setelah Pas Lawatan mansuh.
Hukuman berkuat kuasa mulai 24 Jun 2021 dijatuhkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid di Mahkamah Majistret, di ibu negara.
Erni Yunita, 45 tahun, dengan bilangan pasport AT174499 ditahan setelah melaporkan diri ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) pada 17 Jun 2021.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 kerana tinggal lebih masa di negara ini setelah Pas Lawatan mansuh selama 2,178 hari.
Pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Md. Zul Azri bin Haji Ranee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]