FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Perompak Bersenjata Dijatuhkan Hukuman


 


 March 6th, 2021  |  11:29 AM  |   8780 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tiga daripada empat individu yang mengaku bersalah melakukan rompakan bersenjata pada bulan Disember tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi.

 

Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 12 kali sebatan kepada tertuduh Rosizan bin Haji Jumat, 38 tahun, manakala tertuduh Mohammad Amirul Alif bin Ali, 33 tahun, dijatuhkan hukuman 12 tahun dan 12 kali sebatan, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 dan 379 kerana melakukan rompakan berkumpulan dan pecah rumah.

 

Sementara tertuduh, Norziana binti Nordin, 37 tahun, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan menerima dan menyimpan harta benda yang dicuri dalam rompakan berkumpulan.

 

Manakala tertuduh, Mohammad Noh bin Mohd Edham, 36 tahun, memohon untuk dibicarakan dan akan berdepan dengan pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan pecah rumah. Ketua Hakim Negara telah memberikan pertimbangan kepada pihak berkuasa hukuman yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh Rosizan dan tertuduh Mohammad Amirul Alif bersama lagi seorang individu sedang memandu di Jalan Bukit Bendera Tutong pada 11 Disember 2020, terserempak dengan sebuah kereta yang meninggalkan perkarangan rumah dan menduga tidak akan ada orang di dalam rumah di mana mereka berniat untuk melakukan curi.

 

Mereka memandu ke rumah tersebut dan tertuduh Mohammad Amirul Alif dan individu itu pergi ke belakang rumah, sementara tertuduh Rosizan berada di dalam kereta sebagai pemandu. Individu berkenaan kemudiannya menendang pintu belakang dan memasuki rumah bersama Mohammad Amirul Alif. Setelah mencuri pedang samurai, mereka meninggalkan rumah dan menuju ke kereta di mana Rosizan sedang menunggu.

 

Setelah meninggalkan rumah tersebut, Mohammad Amirul Alif memberitahu Rosizan untuk kembali ke rumah tersebut kerana tidak berpuas hati dengan barang curiannya dan berniat untuk melakukan curi buat kali kedua. Setelah itu mereka kembali semula dan mencuri televisyen dan pedang samurai kedua. Rosizan telah menjual televisyen dan memberikan salah satu pedang samurai sebagai pertukaran bagi dadah.

 

Pada 12 Disember 2020, Rosizan, Mohammad Amirul Alif dan seorang lagi individu sekali lagi merancang untuk melakukan rompakan di sebuah kedai barang kemas di Kampung Tanjong Bunut. Mereka meletakkan kereta berdekatan dengan sebuah bank.

 

Dalam kejadian tersebut, Rosizan sekali lagi menjadi pemandu manakala Mohammad Amirul Alif dan individu berkenaan memakai sungkup muka dengan bersenjatakan parang dan tukul masuk ke sebuah kedai kemas.

 

Pemilik dan pekerja kedai tersebut pada masa itu sedang melayan pelanggan ketika tertuduh-tertuduh mula memasuki kedai tersebut di mana salah seorang daripada mereka telah memecahkan kaca paparan kedai itu dengan menggunakan tukul. Ketika salah seorang pelanggan cuba menahan mereka, Mohammad Amirul Alif mengacukan parang kepadanya.

 

Setelah Mohammad Amirul Alif meraih sembilan utas kalung emas yang bernilai BND16,000, mereka kemudiannya keluar dan memasuki kereta. Setelah itu mereka pergi ke Bukit Beruang Tutong untuk membahagikan barang-barang rompakan.

 

Rosizan memberitahu Norziana mengenai dengan rancangan itu dan meminta untuk menjual bagi pihaknya. Norziana kemudiannya bertemu dengan rakannya keesokan hari di Seria dan menjual dua utas kalung emas dengan harga BND1,300.

 

Norziana turut menyimpan BND310 untuk dirinya sendiri dan menyerahkan BND740 kepada Rosizan dan kemudiannya memberikan BND250 lagi kepada rakannya. Mohammad Amirul Alif juga bertemu dengan pembeli pada sebelah malam dan menjual bahagiannya dengan harga BND1,127. Hasil daripada siasatan Pasukan Polis Diraja Brunei telah membawa kepada penangkapan mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47