Home > In The Court
Pecah Masuk : Dihukum Penjara
February 25th, 2021 | 12:33 PM | 847 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki penduduk tetap dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan tiga bulan oleh Mahkamah Perantaraan kerana kesalahan melakukan pecah masuk dan curi.
Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni memerintahkan hukuman penjara ke atas Azami bin Asmat, 28 tahun yang dikuatkuasakan mulai 22 Februari 2021. Berdasarkan pertuduhan kes, pada 9 Januari 2021, tertuduh didapati melakukan pecah masuk sebuah pejabat kepunyaan Syarikat Rajamas Industrial Estate Serasa dan mencuri wang sebanyak BND300.
Manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa melakukan lagi kesalahan pecah masuk pada 19 Januari 2021 dan mengambil wang sebanyak BND55. Bagi pertuduhan ketiga pada 27 Januari 2021 tertuduh sekali lagi dengan niat mencuri dan pecah masuk ruang pejabat yang berbeza dan membuka beberapa laci tetapi tidak memperoleh apa-apa untuk dicuri. Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]