Home > In The Court
Didenda Kerana Judi
January 28th, 2021 | 09:57 AM | 826 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang penduduk tetap didenda BND5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membantu dalam menjalankan perjudian nombor ekor di tempat terbuka.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhkan hukuman itu terhadap Ling Mee Chuo, 53 kerana bermain judi di sebuah tempat pada 19 Julai 2019.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 (C) Akta 28 Rumah Judi Terbuka yang memperuntukkan hukuman denda BND5,000 dan tidak melebihi BND50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]