Home > In The Court
Didenda Terbabit Nombor Ekor Haram
January 22nd, 2021 | 12:50 PM | 953 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang perempuan warganegara Filipina yang terlibat dalam aktiviti nombor ekor haram menerima hukumannya hari ini apabila dijatuhi denda oleh Mahkamah Majistret, di sini.
Marlyn Corado Colima, berusia 47, mengaku bersalah atas tuduhan membeli nombor ekor dihukum denda BND400 oleh Pemangku Majistret Kanan, Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim yang turut memerintahkan hukuman penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Tertuduh diberkas oleh anggota polis dari Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat dalam serbuan pada 5 Julai 2017. Serbuan dilakukan hasil maklumat daripada orang ramai. Kes didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Aqilah binti Haji Abidin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]