Home > In The Court
Tahanan Reman Dilanjutkan
January 8th, 2021 | 11:30 AM | 935 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kes terhadap seorang lelaki, warga tempatan, Awang Mas Fadillah bin Ibrahim, dilanjutkan tahanan reman kerana disyaki terlibat di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman, di Mahkamah Majistret, hari ini, seterusnya menetapkan kes itu disebut semula pada 21 Januari 2021, jam 2.00 petang.
Awang Mas Fadillah, berumur 32 tahun, didakwa terlibat di dalam aktiviti pengedaran dadah semasa berada di dalam dua buah kereta yang berasingan, di kawasan lapang letak kereta, di Flat Kerajaan, Kampung Sinarubai.
Defendan juga didapati memiliki dadah terkawal, iaitu Dadah Kelas 'A' Methylamphetamine, iaitu sebanyak 1.2 kilogram bagi tujuan mengedar dan jika didapati bersalah, defendan boleh dihukum gantung hingga mati, di bawah Seksyen 3A bagi Akta Penyalahgunaan Dadah Bab 29.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah 'Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]