Home > In The Court
Dipenjara Akibat Gagal Membayar Denda
December 23rd, 2020 | 09:44 AM | 858 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara setelah gagal membayar denda BND1,500 atas kesalahan memakan dadah terkawal.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid ke atas Mohamad Hafiz bin Sufri (defendan) di Mahkamah Majistret, hari ini.
Pada 21 April 2018, defendan diserahkan oleh anggota Pasukan Polis Diraja Brunei kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi ujian air kencing yang kemudiannya diserahkan ke Jabatan Perkhidmatan Saintifik untuk dianalisis.
Setelah dianalisis, hasil ujian air kencing defendan didapati positif mengandungi dadah di bawah Seksyen 6(b) memakan dadah terkawal jenis 'A' Methylamphetamine.
Pendakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Md. Syazwan bin Hairul juga menyatakan bahawa defendan tidak mempunyai rekod kesalahan yang lalu di bawah akta yang sama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]