FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Lelaki Tempatan Didakwa Dengan 7 Pertuduhan


 


 December 4th, 2020  |  11:13 AM  |   873 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan akan dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Perantaraan dengan tujuh pertuduhan.

 

Hakim Harnita Zelda Skinner akan menjatuhkan hukuman itu terhadap Md. Zulkarnain bin Abd. Manaf, 30 tahun, tidak bekerja, selepas mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara.

 

Defendan didakwa menukar plat lesen kereta dan bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan semasa sekatan jalan raya pada 21 September 2017.

 

Defendan didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman enam bulan hingga lima tahun penjara dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor 'Adliatul Hidayah binti Haji Mohd. Zaidi.

 

Menurut fakta kes, defendan telah menukar plat lesen kereta Vios yang didapati berbeza dengan nombor pendaftaran pada Cukai Jalan.

 

Defendan juga didapati memandu tanpa memiliki Lesen Memandu yang sah. Berikutan dengan kejadian tersebut, defendan dibawa ke Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) untuk siasatan lanjut.

 

Setelah disiasat, defendan juga mengaku telah mengeluarkan plat lesen asli kereta Vios tersebut yang berdaftar BP 2717 dan menggantinya dengan plat nombor BAA 8740.

 

Semasa berada di pejabat JSKLL, defendan turut dikeluarkan beberapa kesalahan, namun defendan segera meninggalkan pejabat tersebut bersama-sama dengan dua orang rakannya.

 

Semasa defendan memandu kereta Vios tersebut dengan nombor pendaftaran BAA 8740 di kawasan berhampiran Rimba Garden Central, defendan turut memandu dengan cuai sehingga merempuh kenderaan lain, iaitu lori pikap Isuzu.

 

Selepas terlibat kemalangan bersama lori pikap Isuzu, defendan meneruskan perjalanan di sepanjang Lebuhraya Tungku sehingga berada di persimpangan keluar menuju Institut Perkhidmatan Awam, defendan hilang kawalan terhadap kereta Vios dan merempuh penghalang jalan yang menyebabkan kereta Vios berhenti.

 

Defendan kemudian bertindak melarikan diri menuju Rumah Kembar Rimba, Gadong dan meninggalkan dua orang rakan beliau dalam kenderaan tersebut.

 

Defendan kemudian mendapati sebuah kereta Nissan Latio dan membawa lari kereta tersebut menuju ke jalan raya Jerudong, di mana beliau kemudian ditahan dan kereta Nissan Latio tersebut berjaya didapatkan semula. Defendan turut mempunyai rekod kesalahan curi pada tahun 2017.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41