Home > In The Court
Dadah : Didenda BND1,500
December 3rd, 2020 | 10:32 AM | 527 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman denda BND1,500 dan jika gagal, tiga bulan penjara ke atas seorang lelaki, warga tempatan.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhkan hukuman ke atas defendan, Awangku Raziman bin Pengiran Mohamad dan menetapkan tempoh hingga 10 Mac 2021 bagi membayar denda.
Defendan, Awangku Raziman didakwa bagi satu pertuduhan, di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Dia ditangkap dalam serbuan oleh Pegawai-pegawai Biro Kawalan Narkotik, di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lambak Kiri, pada 24 Oktober 2017.
Defendan, Awangku Raziman bin Pengiran Mohamad didakwa kerana terlibat, di bawah Seksyen 6 (b) memakan dadah terkawal jenis 'A', Methylamphetamin, dalam pendakwaan yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Sofimah binti Ramlee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]