Home > In The Court
Gagal Laporkan Diri : Didenda
December 3rd, 2020 | 10:30 AM | 452 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua pertuduhan dihadapkan dan dijatuhkan ke atas seorang wanita, warga tempatan, di Mahkamah Majistret, hari ini.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhkan hukuman denda BND300 atau tiga minggu penjara bagi setiap pertuduhan, di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Majistret Mohammad Marzuqi juga menetapkan tempoh bayaran denda tersebut hingga 13 Januari 2021.
Defendan, Ernesuryanee binti Saleh didakwa, di bawah Peraturan 12(2)(a) akta yang sama yang diluluskan oleh Institusi Rawatan dan Pemulihan, 1987.
Defendan, Ernesuryanee gagal melaporkan diri sebanyak dua kali kepada Pegawai Pengawasan Biro Kawalan Narkotik, iaitu pada 17 Julai 2018; dan 28 Ogos 2018.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Sofimah binti Ramlee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]