Home > In The Court
Kes Cabul Diperdengarkan Lagi 28 November
November 18th, 2020 | 09:22 AM | 1216 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret hari ini dengan pertuduhan mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 17 tahun pada tahun 2018.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkan Haji Mohamad Paizzal bin Haji Piluk, 35 tahun direman dua minggu bagi siasatan lanjut. Kes akan diperdengarkan lagi pada 28 November 2020, jam 2.00 petang.
Pertuduhan dibuat terhadapnya mengikut Seksyen 354B Kanun Keseksaan Bab 22 iaitu pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun serta sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]