FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Curi : Lelaki Tempatan Dihukum Penjara


 


 November 12th, 2020  |  09:26 AM  |   957 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun, tidak bekerja mempunyai isteri dan dua orang anak mengaku salah terhadap satu pertuduhan pecah masuk dengan niat mencuri di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

 

Berikutan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara keseluruhan empat tahun dan empat kali sebatan.

 

Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD Kol. (B) Dsp Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamizan bin Zainal Abidin selepas dia mengaku salah terhadap lima pertuduhan mengikut Seksyen 13A Kanun Jenayah, Bab 7.

 

Berdasarkan fakta kes, pada 12 Februari 2020, antara jam 12.00 tengah malam hingga jam 1.00 pagi, defendan pergi ke kawasan sekitar Taman Permainan Jerudong menggunakan kenderaan miliknya. Defendan meletakkan kenderaannya berhampiran 'Pusing Lagi' dan kemudian berjalan ke sebuah flat berdekatan.

 

Defendan cuba membuka pintu pagar tersebut tetapi berkunci. Defendan kemudian melihat bilik stor berhampiran flat berkenaan. Defendan cuba untuk membuka bilik berkenaan dan akhirnya berupaya memasuki bilik tersebut melalui tingkap.

 

Di dalam bilik tersebut, defendan melihat beberapa alat penyelenggaraan. Defendan terus mencuri beberapa barang yang kemudiannya membawa barang-barang tersebut ke longkang berdekatan dan meletakkannya di sana, sebelum berjalan kembali ke tempat dia meletakkan kenderaannya.

 

Defendan memandu kenderaan tersebut dan meletakkannya berdekatan dengan longkang itu. Kemudian, defendan berjalan lagi ke bilik tersebut, melalui longkang. Ketika Defendan berada dalam ruangan tersebut untuk kali kedua, defendan terus mencuri lebih banyak alat-alat berkenaan.

 

Defendan kemudian pergi ke bilik stor lain dan menemui sebuah troli untuk meletakkan semua barang yang dicurinya. Namun, defendan tertidur di bilik stor yang lain dan hanya bangun pada sekitar jam 8.00 pagi.

 

Sebaik sahaja defendan bangun, defendan membawa troli yang dipenuhi dengan barang curi tersebut dan memasukkannya ke dalam kereta serta meninggalkan kawasan berkenaan.

 

Dalam siasatan polis mendapati bilik stor tersebut milik Darussalam Assets Sdn. Bhd. dan pintu serta tingkap bilik tersebut dikunci sebelum defendan masuk.

 

Siasatan polis selanjutnya menunjukkan bahawa hampir semua barang yang dicuri defendan dijumpai dan dikenal pasti oleh dua orang juruteknik Taman Permainan Jerudong sebagai milik syarikat tersebut.

 

Siasatan polis selanjutnya juga menunjukkan bahawa defendan mengaku dalam pernyataannya untuk menceroboh masuk ke dalam bilik stor tersebut sekitar tengah malam dan mencuri sejumlah alat. Jumlah nilai kerugian dianggarkan sekitar BND1,500. Defendan tidak mempunyai kesalahan sebelumnya.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48