Home > In The Court
Didenda Miliki Barang Tegahan
November 12th, 2020 | 09:25 AM | 731 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda BND8,500 atau lapan bulan penjara, jika gagal membayar denda tersebut.
Defendan, Muhammad Saifuddin bin Abdullah Samat dijatuhkan hukuman itu di Mahkamah Majistret, di sini, di bawah Seksyen 146 (i) (d) Perintah Eksais, 2006 kerana memiliki 10 karton dan enam paket rokok.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman tersebut juga menetapkan tempoh hingga 31 Mac 2021 bagi defendan untuk menjelaskan denda berkenaan.
Defendan ditangkap oleh Pegawai Pencegah Cawangan Bandar Seri Begawan dan Pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) semasa membuat pemeriksaan rumah dalam operasi sepadu, yang diketuai oleh BKN, di Perumahan Sungai Bunga, pada 6 Ogos lalu.
Kesemua barang terlibat adalah dihukum rampas.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Awangku Muhammad Afiq bin Pengiran Haji Nordin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]