FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Menganiaya Anak Angkat, Penjara 12 Bulan


 


 November 10th, 2020  |  10:23 AM  |   2511 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menganiaya dua orang anak angkat beliau sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

 

Hakim Dayangku Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Khairul Amilin bin Haji Yahya selepas meneliti dan berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan.

 

Mengikut kes pertuduhan, tertuduh merupakan bapa angkat kepada dua orang kanak-kanak yang berusia enam tahun itu telah bertindak menganiaya kanak-kanak tersebut sehingga mengalami kecederaan fizikal.

 

Tertuduh telah melakukan penderaan dengan memukul dahi dan menendang perut (Mangsa X), manakala tertuduh juga melakukan penderaan terhadap (Mangsa Y) yang dipukul di punggung, dahi dan menendang tangan serta ditolak ke dinding.

 

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 28 (1) Akta Kanak-Kanak Chapter 219.

 

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara maksimum 18 bulan. Dengan mengambil kira prinsip keseluruhannya, mahkamah harus memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan nyata tidak berlebihan. Namun begitu, dalam kes ini, mahkamah tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa terdapat dua orang mangsa yang dilibatkan.

 

Justeru, hukuman secara amnya akan diperintahkan untuk dijalankan secara berturut-turut. Setelah mengambil kira prinsip keseluruhannya, mahkamah memerintahkan hukuman selama enam bulan untuk pertuduhan kedua dijatuhkan bersamaan dengan hukuman pertuduhan pertama, dan untuk baki selama tiga bulan, pertuduhan kedua berjalan berturut-turut dengan hukuman untuk pertuduhan pertama.

 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff. Manakala hukuman berkuat kuasa mulai 2 November 2020.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48