Home > In The Court
Permohonan Reman Suspek Bunuh Dibenarkan
November 10th, 2020 | 10:09 AM | 705 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita di Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Jalan Derma Wangsa, Kuala Belait akan diperdengarkan lagi pada 23 November 2020 pada jam 2.00 petang.
Pihak Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abd. Rahman memohon suspek, Hassan bin Yussof, direman selama dua minggu agar pihak polis dapat menjalankan siasatan lebih terperinci.
Mahkamah juga memerintahkan bahawa suspek, Rosnani binti Tanga, direman lebih lanjut untuk menjalani penilaian Psikiatrik di Unit Kesihatan Mental, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk penilaian Psikiatrik.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman membenarkan permohonan pihak Pendakwa Raya untuk kedua-dua suspek direman selama dua minggu.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]