Home > In The Court
Akibat Berkelakuan Tidak Senonoh
November 8th, 2020 | 11:22 AM | 1115 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman selama 12 bulan penjara dengan satu kali sebatan ke atas seorang lelaki anggota beruniform kerana berkelakuan tidak senonoh.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim menjatuhkan hukuman tersebut bermula 5 November 2020 di bawah Seksyen 354 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
Tertuduh, Haji Nora'afbillah bin Ahmad @ Ja'afar didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 19 Julai 2019 di antara jam 9.00 hingga 9.16 pagi di salah sebuah kedai runcit di Kampung Tungku.
Semasa kejadian berkenaan, Haji Nora'afbillah, 40 tahun, telah melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]